Monday, September 26, 2011

hari itu indah ~wrote on 27th Sept

Malang nasib aku siapa la yang tahu.. Kamera aku rosak.. Tapi tepat tarikh 24 hb September 2011.. actually on my birthday.. tetibe kamera aku berfungsi dengan baik.. jadi memandangkan 25 hb tu, cinta hati aku ada last kat ipoh ni.. so, dia ajak la jumpe kejap..sebab sebelum birthday aku haritu dia kene pergi ke Melaka untuk program induksi Kastam for 4 days. Bagi aku, satu hari tu asenye da macam setahun kalau tak jumpa. aku ok je.. Seriously aku memang ok.. Luaran je la. Nampak cam rileks je. Tapi dalaman nye, siapalah tahu. Sakit woo kalo tak dapat jumpe.. Haduyai.. Anyway.. Gambar wajah desktop ni aku testing powder je snap nak test kamera ni elok ke tidak.. Memang Tuhan bagi aku peluang untuk capture moment yang aku nak. then semalam petang, kamera ni da rosak balik a.k.a tidur balik.. dasar kamera lemau.. sampai hati kau.. T_T

On morning 25hb September 2011.. Memang hati berat la juga nak bagi dia pergi bertugas. Tapi untuk kebaikan dia dan keluarga dia. Supaya dia dapat bina masa depan dia dengan cemerlang. Aku nak tengok dia bahagia. Lagipun susah sekarang ni nak hidup dengan pekerjaan yang sederhana memandangkan keperluan hidup. Tapi walau di mane pun rezeki kita, kita kena pandai survive. Alhamdulillah, since aku jumpa dan berkenalan dengan dia masa tempat kerja lama dulu. Sampai aku kene masuk belajar balik, then sampai la die jadi Store Manager kat situ.. Dia cuba sedikit demi sedikit untuk stabilkan hidup. Memang dia survive.. Almaklumlah, lelaki lagi kuat dari perempuan.. hehe. Dan yang bestnye, hubungan kami Ok!!. 

Ni la satu-satunya manusia yang tak kisah perangai aku macamana, cerewet aku macamana, pemarah aku macamana pun, dia boleh terima. Katanye, hubungan ni bukan untuk main-main ja. Kalau tiada aral melintang, dia nak sampai ke akhir hayat. Aku tak kesah dia jadi apa pun, tapi aku tetap nak dengan dia. Dari dulu lagi waktu dia try ngorat aku. haha.. Lawak sejarah kami ni.. Sedar tak sedar.. lagi sebulan. cukup la tempoh dua tahun hubungan kami.

Lega hati aku dapat panjat bangunan ni tengok pemandangan dari sudut atas. *Padahal naik kereta je.. Da lama aku nak pergi, tapi aku rase tak biasa nak pergi dengan kawan-kawan lain. Selalunya aku kemana-mana dengan dia. Hatta, sampai pergi cari barang keperluan pun mesti dia yang akan bawa aku. So, now im preparing myself untuk hidup tanpa dia buat sementara waktu. Gambar aku ni pun, usaha die nak tangkapkan untuk aku.. Chewaahh~~ aku pun nak glamor juga.. nak ade gambar sendiri juga.. hehe. 

Yang ni pula adalah gambar event Gegaria dari tingkat atas ni. Busy yang amat. Aku pun tak mau pergi. Da la panas dan sesak. Gerai je yang banyak, tapi itula punca rezeki lebih para peniaga pun. Yang penting bagi aku, hati memang nak pergi, tapi sebelum ni kalau ade karnival, baru pergi sekejap je aku da letih.. Lagi-lagi pula kalau jalan ikut orang shopping pula, memang patah kaki aku. Tak larat. Memang aku tak suka Shopping. Apa yang best ntah. Seboleh-boleh aku, kalo boleh nak pesan kat orang yang keluar mintak tolong belikan barang or makanan. Tapi kalau mintak tolong dia, memang tak boleh ngelat da la, memang aku pun kene ikut sekali.. huhu.. tapi yang peliknye, aku suke pergi jalan-jalan. Asalkan duduk dalam kereta. Kalau tak, penat. Contoh tempat yang aku suka ialah sungai. Yang favorite aku tu, memang dia tahu pun.

And this is our last picture together before dia pergi ke Kelang. Dia pergi petang. So, sempat la nak jumpa aku kejap. Walaupun kejap, aku terima. Sebab dia mintak aku bersedia. Andaikata kalau dia ditempatkan tempat jauh untuk bertugas selepas ni, aku kena kuat, aku tak boleh nangis. *Nangis tu yang susah aku nak tahan tu~~ T_T
Waktu ontheway kami nak pergi makan tengahari tu, tiba-tiba kawan aku telefon ajak pergi kenduri kawen kakak kepada kakak angkat dia. So, aku pun setuju la memandangkan petang aku free. Sebab dia pun ada urusan lain yang perlu disetelkan (kemas barang sebelum bertolak).
So, last dia nak pergi tu, dia ajak aku sambut birthday sama-sama, memandangkan time birthday dia, dia kene ke Melaka, and time birthday aku, dia takda hadiah.. So sweet...~~ aku tak kisah pun ada hadiah or tak. Janji dia ada waktu tu. Plus, dia da bawa pun aku pergi tempat yang aku suka.. :) 
*Terima Kasih Abang.

So, semua perkara yang dia bawa aku pergi ni adalah untuk topup  masa dia busy kerja sebelum ni. Happy sangat. Memandangkan ada cuti-cuti yang sikit tu, dia bawa la aku.. Adalah masa sikit tu daripada tak ada langsung. Aku risau juga ni, macamana dia nak hidup kat sana nanti.. Tiba-tiba aku terpikir.. *Eh, dia da besar la.. Lelaki pula tu, confirm boleh hidup.. Dush-dush!! hempok kepala aku. Eh, dia ok la.. aku nak takut kenapa? @_@.. ! Actually aku yang takut dan risau bila dia tak ada disisi aku. Dan dia pula risau aku hidup tak ada dia nanti.. Itu sebab dia minta aku sabar. Nanti dia akan datang untuk aku. Tapi aku tak kisah semua tu, yang aku nak sekarang ni. Dia kena buat semua tu untuk masa depan family dia. Itu yang penting. Aku ni siapa la pada dia. Boleh jadi tak ada jodoh, boleh jadi ada jodoh. Tawakal je la. Doa hari-hari. Tapi ramai yang cakap muka kami sama, InsyaAllah jodoh panjang. Harap-harap la macam tu.. 

Aku sedih, aku bosan, aku tingtong tak ada dia. Dia minta aku study elok-elok nanti dapat result bagus, senang dapat kerja. Dia tak mahu aku jadi cam dia dapat kerja lambat memandangkan aku belajar pun lambat. Rezeki ada je kat mana-mana cuma kita kene sabar. Tapi kalau nak diikutkan, memang aku lambat pun. Lambat sangat da. Cuma kena prepare untuk masa depan. Ekonomi negara pun bukan bagus sangat sekarang ni. bersedia je la.

* Abang, sayang akan sentiasa tunggu abang. Dah tak ada istilah main-main dalam hubungan. Apa pun yang akan jadi, sayang akan tunggu abang. InsyaAllah. Sayang doakan abang berjaya. :)



No comments:

Post a Comment