Sunday, March 11, 2012

Hari Lost Focus Hidup

Assalammualaikum semua.. Hari ni aku berada di dorm kolej.. huarrrgghh bosan tak terkata. ni aku dapat on9 pun sebab pinjam adek punye broadband setelah broadband yang aku gune sebelum ni telah di potong oleh kehendak aku sendiri sebab untuk meng'cut' kos hidup aku di sini.. malangnye, still tak cukup jugak.. huhu.. Sementara aku updatekan virus yang terternak dalam pc buruk aku ni... sambil2 tu aku pun meng'update' blog ni.. 


By the way, today aku nak cerite sket ape yang berlaku semalam. Terima kaseh pada kawan2 seperjuangan aku sejak dari sekolah lagi... #hmm da rindu da.# sebab mereka telah membantu aku keluar daripada stress dan kemurungan yang amat dahsyat seumur hidup aku. #kalo dibiar berterusan,aku mungkin akan mati(pendek umur)# asalkan aku dapat keluar kejap dari tempat yang macam neraka ni terkapai2 keseorangan dan tade sape nak dengar aku bercakap.. dapat keluar kejap pun jadila..


Sepanjang 6hari aku berada di sana, aku betui2 tenang. Mana tak nye, kat sana bersahut-sahutan kedengaran azan bila waktu tiba. Kalo kat sini??? azan pun aku tak dapat nak dengar.. kalo kat umah abang aku tu dengar jugak.. Sebenarnya, tujuan aku ke sana untuk meraihkan sahabat aku, supaya die kembali sihat dan bertambah sihat. Dan, akhirnya, dapat juga aku jumpa kawan aku yang jiwa kaco mase zaman sekolah dulu setelah tujuh tahun tidak ketemu.. Alhamdulillah, die masih lagi jiwa kaco, tapi tak seteruk dulu... #jangan mare.#


So,berbalik kepada tajuk yang aku stated di atas, pada tanggal 10hb 3, ia memang hari aku hilang fokus untuk hidup. tapi terima kasih kepada kawan2 aku yang berusaha meraihkan aku, sampai sanggup datang ramai2 hang ngan aku dan fikirkan jalan penyelesaian, plus, mengisi malam terakhir aku disana dengan penuh memori. #aku da rindu da kat korang weyh#


Hari semalam adalah hari aku kenalkan calon pada mak-mak aku.. tapi yang ade semalam mak aku sorang je, plus, bapak aku pun tade,.. tapi nanti mak aku yang sorang tu nanti die story la kat bapak aku betapa aku seriusnya dalam hubungan ni. plus, ribuan terima kaseh di ucapkan kepada kawan2 aku yang dua orang tu sebab sanggup teman jumpa ngan sedikit daripada ahli keluarga aku. Dan aku berharap, semuanya dalam keadaan baik dan berjalan lancar. Amin~~

Thursday, March 8, 2012

SISTERHOOD 3

Assalamualaikum kalian sahabat pembaca serta rakan taulan.. malam ini akibat ketidakmahutiduran, aku telah membuat satu jalan cerita mengedit gambor kawan2 aku ni.. Ini berlaku kerana atas permintaan sahabat aku yang memberi idea bernas untuk menampilkan wajah2 ceria lagi melucukan daripada semua kawan2 kami ni haa,,.. sesiapa yang tiada gambar muka kelakar tu selamat ler.. tapi sape yang ade tu.. NAAASSSSIIIBBBB!!!! #gelak jahat (kuikuikui)

#teknik ini agak rumit dan memeningkan kepala kerana habeh je satu step, aku kene print screen.#terkembang jap#

Cara di atas adalah permulaan untuk melakukan agenda ini.. Mula2, tekan butang FILE>NEW> pilih saiz lampiran gambar anda yang anda perlukan.

Cara ini pula adalah untuk menyerap masuk semua gambar yang anda sudah pilih untuk di editkan dalam adobe photoshop anda.. hanya dengan menekan butang CTRL serentak bersama O. atau tekan dengan mencari dan menekan FILE>OPEN..
 Seterusnya, tanpa melengahkan masa lagi.. anda terus menerus membuat partition mengikut kegemaran anda,, #aku punye ni stok orang malas je yang buat.. ekekekeke#
 Selepas itu... anda cari butang macam ada nak panah serta ada bentuk petak cabang 4 di sebelahnya atau dengan lebih dikenali dengan MOVE TOOL (V).. angkut semua wajah2 yang hendak dimuatturunkan kedalam lampiran baru..
 Kemudian, adjust la wajah2 berkenaan dengan menggunakan CTRL + T, gerakan kotak dan besarkan saiz sambil menekan butang SHIFT supaya gambar anda tidak kemek dengan erti kata lain, gambar anda mungkin tidak akan cacat atau kekal dengan kecantikan gambar itu sendiri.
 Selepas itu, letak la nama2 untuk wajah2 berkenaan dengan menekan butang HORIZONTAL TYPE TOOL (T) yang menggerakkan cursor anda menggunakan mousepad. Tambahan pula, adjust la wajah2 berkenaan dengan menggunakan cursor juga dengan mencari butang (create new fill or adjustment layer) untuk mengadjust kaler wajah2 berkenaan supaya menjadi jelas dan clear.. Jangan lupe untuk MERGE LAYER dengan menekan SHIFT di layer baru dan layer wajah untuk tidak kacau kaler terang wajah lain... buat satu-satu...
 Seterusnya, untuk tampak lebih glamour... jangan lupe sertakan nama dan alamat, no telepon, email, name facebook untuk jadikan gambar yang nak diedit menjadi lebih formal dan menarik ... #menarik ke?? tangan ke bahu, mata ke atas###

Langkah akhir sekali... Tunggu ape lagi... Kasi save la itu art work.. aduhai.. Gunakan jenis file JPEG, GIF and whatsoever mengikut penerimaan software anda...so, maka, dengan itu, aku mengistiharkan bahawasanya.. benda ni basic giler, tak campur art pun, just susun2 gambor je.. hehehehehe.. aku jamin orang lain pun buler buat la.. ade mase nanti aku masukkan cara2 untuk membuat art work yang lebey menarik lagi selain ini k.. ini hanya berdasarkan atas permintaan sahaja... hanya suka2.. 


Kepada kawan aku, Mas n ALina.. blog ni boleh wat tutorial korang### hohoho... (gelak jahat) :P



Sisterhood 2

 Assalamualaikum semua.. entry kali ni, aku rasa aku nak buat se'simple' yang mungkin. Aku nak kabor, gambar ni adalah gambor yang kedua aku edit untuk geng bus sekolah aku ni.. dengan menggunakan gambar-2 yang terkini yang terdapat dalam facebook mereka masing-2. setiap kali aku singgah menyinggah yang tak macam singgah ni, aku mesti tak dapat jumpe semula sekali gus,, tapi time aku tade la depa sume ada... huhu Ralit aku di buatnye.. anyway... memang aku rindu depa semua ni.. rindu tahap gaban.. harap mereka tahu tentang itu#...

Masing-2 punye cerita masing-2 yang tersendiri.. masing-2 dapat dugaan sendiri.. aku nak je cerita pada kalian semua pembaca tentang jenis-2 dugaan yang di lalui oleh setiap mereka. tak terkecuali cerita Cinta. tapi.... 

Tapi !..
kalau mengikut kepakaran aku yang agak sentimental serta psyko dan mungkin lebih hebat daripada itu dengan kata pujuk rayu, mungkin akan aku 'story' kan kesah mereka pada kalian.. tentang pelbagai kisah hidup mereka yang di lalui selepas alam persekolahan. Sangat menarik serta sangat menusuk kalbu apabila disatukan kesemua cerita kami mengikut rentetan sejarah dan masa..Tapi, aku tak berani la nak memandai cerita dalam blog ni tanpa kebenaran bertulis daripada each of them..

Tapi... !!
Aku yakin dan aku pasti serta mampu mengeluarkan pendapat aku sendiri bahawasanya, kepada wanita-2 diluar sana.. dengan meneliti serta mendengar alkisah kami, mungkin boleh dijadikan contoh serta semangat untuk teruskan kehidupan dalam dunia global yang serba canggih dan penuh dengan cabaran. #dengan kebenaran bertulis sahaja# Semangat untuk terus hidup dengan pelbagai dugaan contohnya seperti masalah kerja, cinta, belajar, dan kehidupan serta ujian besar yang dilalui mungkin mampu membuat para wanita sekalian atau para pembaca yang menyinggah di blog ini mampu berfikir bahawasanya betapa bertuahnya kalian menjadi sebaik2 ciptaan iaitu sebagai seorang manusia.

Tapi...!!!
Ingin aku beritahu kalian bahawasanya sewaktu aku menulis blog ini, channel TV ALHIJRAH sedang menayangkan betapa hebaqnya otak manusia ini, jadi, hargai la diri sendiri bahawasanya Tuhan itu telah mencipta diri kita manusia ini sebaik2 makhluk ALLAH. #selingan sahaja#

Tapi...!!!! 
Ingin juga aku mengucapkan, SELAMAT HARI WANITA.. sekiranya tidak terlambat. Aku bahagia menjadi diri aku, serta aku bangga mengenali rakan2 geng bus sekolah aku ni.. semoga usaha mereka untuk meneruskan hidup sentiasa diberkati ALLAH dan sentiasa dalam bimbinganNYA.. 

Tappiiii... !!!! tak lupe juga aku kepada, tiga sahabat kecil ku... 

 Fatima
 Farah
aku tak dapat pulak cari gambor die.. so, aku amek gambar dalam facebook die... #

Ayna

Terima kasih semua kerana sudi menjadi kawan2 aku... Jasamu dikenang.. ketahuila.. bahawa aku rindu zaman kecilku.. aku rindu asalku... aku rindu apa yang tertinggal dibelakangku..

Aku berdoa agar kalian sentiasa menjadi manusia yang berjaya dan berguna untuk masyarakat kelak. Ketahuila, kejayaan masyarakat pada masa hadapan terletak di tangan kita sebagai seorang wanita, kerana tangan2 kita ini yang akan menghayunkan lembut buaian tapi membesarkan bakal2 pemimpin2 negara terutama sekali pemimpin Islam suatu hari nanti.. Setiap manusia berhak diberi peluang untuk menjadi yang terbaik.. dan semoga yang terbaik itu datang dari kaum kita, bangsa kita dan agama kita...

SELAMAT HARI WANITA... Hargailah diri anda, kerana anda la yang menentukan bahawa anda adalah permata atau kaca.. :)