Wednesday, July 17, 2013

my baby's laughs

<iframe src="http://telly.com/embed.php?guid=GBVVE&autoplay=0" title="Telly video player " class="twitvid-player" type="text/html" width="480" height="360" frameborder="0"></iframe>

Tuesday, July 16, 2013

kene Tahan Lagi

Actually bila hari jumaat tu bersamaan dengan 12hb April 2013, aku da boleh discharge, then sebelum balik rumah tu kami naik ke wad atas lagi, sebab nak tengok anak. sebelum tu adalah naik sekali waktu malam, hubby nak azankan anak. bila turun, kena marah pulak ngan sister nurse yang bertugas, katanya takot berlaku pendarahan, antibiotik tak habis lagi. Aku and hubby pelik jugak sebab sebelum tu tanya nurse lain, dia kata boleh naik atas kalo nak tengok lepas makan and minum. yg sister nurse tu pun cakap nak menang je, report kang baru tau. huhu.. Then we just say sorry la. Nak buat macam mana bila sorang cakap lain, and yang lain cakap lain, da lah tak brief langsung.

Hari aku discharge tu, angah, kaklin, bibah, abah n mak sampai ke sini, engat dapat tengok anak, rupanya, sebelum kami sampai umah malam tu, pergi tengok anak, depa kata anak kena tahan sebab nak tunggu results darah takot jangkitan. Aku da panas da waktu tu, aik, semalam kot aku beranak, kenapa malam hari jumaat tu results taktau lagi, besoknya da sabtu, aku agak confirm lagi lama ni. Then aku pun balik la ngan hubby rehat kat rumah.

Balik tu lapar sangat2, then hubby pun masakkan makanan pantang. Alhamdulillah, nasib hubby pandai masak. Besok pagi nya tu, aku da bangun pagi2, semangat nak pi amik anak, sebab semalamnya depa kata result kuar pukul 9 pagi n doktor review setel sume time tu. aku pun berpantang la sume, then mak buatkna air, then sarapan roti, hubby pergi keluar jap g beli nasi lemak untuk yang lain, then dalam pukul 10 pagi tu kami pergi tengok anak.

Sampai je sana, depa kata tak leh bawak keluar lagi sebab result tak setel lagi, and doktor sorang je haritu. Aku rase macam nak maki je, lepas tu hubby balik la rumah jap sebab family dari ipoh ada dirumah, aku stay tunggu anak, bayangkanlah aku dengan tak larat nya dah ulang alik hospital. Da sampai tengahari doktor tak round lagi, then tepat lepas zohor, aku nampak doktor ada kat situ, so aku tunggu dalam wad baby tu. Lama sangat tunggu doktor tu setel, bayangkanlah berapa banyak baby ade kat situ die nak kene rewiew, then bile da setel,aku pun tanya la, da boleh keluar ke, nurse tu cakap, results tak keluar lagi and harini tak banyak staf keje so kene tunggu esok. Siap tanya lagi nak tempah katil tak untuk jaga anak malam tu. kesabaran aku meninggi waktu tu. so, aku cakap la 'tempah je la, tp saya tanya suami dulu,'

Keluar je dari wad baby, aku terus pening kepala, sakit urat belakang sampai ke leher, and terus terduduk, menangis. Mungkin terlalu marah n terlalu sabar. Benda macam ni pun depa wat perlekeh sampai macam tu sekali. Then aku kol hubby n aku tunggu kat depan pintu hospital, aku menangis je tak boleh berhenti. Sedih sangat. Mungkin sebab baru lepas bersalin, emosi tak menentu. balik tu aku masuk bilik, nangis puas2, sampai mak mentua aku pujuk, then terus tertido. Bangun2 je hubby cakap hospital kol suruh masuk wad dengan baby. Then aku pun siap2 barang sume, and mak bawakkan bekal untuk makan kat hospital, sbb lepas sarapan pagi tu, aku tak makan2 lagi.

Bila sampai sana, dapat katil then aku rehat sambil jaga baby, nak bagi susu, anak taknak, rupanya die da biasa susu formula and tak nak usaha utk hisap n menyusu. mana taknya, kuar2 dari perut terus masuk wad, depa terus bagi susu formula,aku anak pertama lagi, susah susu  nak keluar, sampai bengkang2. bila hari ahad da tau result, tada kuman langsung, tiba2 kene kuning pulak, sbb anak sebelah katil aku ni sakit kuning. lagi tambah aku menangis. kalo lah tak stay situ, mesti sume tu tak kena. satu hari je baby kene kuning, sbb memang aku da ready da tak nak bagi die kene kuning, so, waktu mengandung aku minum susu kambing.

 Dua haritu aku menangis je dalam wad, dengan demam nya lagi. dan susu dah bengkang, and stress sangat2. Pagi isnin tu tunggu results darah anak, then da boleh discharge tengahari. Alhamdulillah. tak sanggup nak tempuh hari dalam hospital. tatau la kenapa servis hospital kerajaan seteruk tu, aku cuba nak positifkan diri pun tak boleh da.

Kalo ada anak ke2, aku da cakap siap2 kat hubby, "kite pergi hospital swasta ye..hehe"

Monday, July 15, 2013

its feels like YESTERDAY

Lama betul tinggalkan blog ni. since pregnant bulan ke 7 lagi. Mase tu perut da berat, asyik mengantuk je, plus, pc pun letak kt atas. hubby tak bg naik atas sebab faktor keselamatan. udah ler tangga tu macam curam sikit. Plus lutut ni pun tak kuat.

Bulan ke 7 tu kami ade buat scan 4d. Alhamdulillah, sempurna ciptaan Allah.. tpi bile pos gambar tu di fb. ramai yg ckp hidung si anak ikot hidung aku. haha.. kecewa juga waktu tu, sbb aku nk die ikot hidung suami. hehe, tp bile ubatkan hati ni balik. Alhamdulillah, jd tak sabar plak nk lahirkan anak.

Dalam mase menunggu nak bulan ke 9 tu, perli beli baju, pergi beli barang baby, try pampers pet2, survey harga stroller, macam2 buat. Tpi bile pergi berjalan tu, baru melangkah sekejap je da penat. Kalo berjalan, hubby mesti pegang tangan.

Then bile da masuk bulan ke9 lebih, aku da duk tanya-tanya hubby bila anak nak kuar, tak larat sangat da. Sampai hubby pun tatau nak jawab ape. Die suh sabar je, kalo nak ikotkan, die pun tak sabar juga nak tunggu anak keluar.

Tiap2 minggu dari bulan ke 7 tu sampai la nak masuk labor room, ade saje check up. aku pun tatau kenapa, sampai kalo hubby el or masuk keje petang, org da tanya da, pergi scan ke? hahaha.. sian my hubby. Senyum je lah, ape boleh buat.

Tepat hari isnin tu ade check up di hospital Klang, aku pun tatau mane silapnye, sebab hubby drop kat depan, then masuk letak kad kat kaunter, then sementara tunggu giliran tu pergi la cafe jap beli kueh, then duduk balik tunggu, bile name dipanggil tu, aku pergi la kat kawasan check tekanan darah n berat. tibe2 tinggi semacam je tekanan darah, tp aku rileks je, sampai nurse yang bertugas check sampai 2 3 kali, kali ke 4 die panggil doktor untuk check, nak confirm kan katenye. aku pun ok je la. tp memang tinggi tekanan darah tinggi aku waktu tu. tibe2 aku teringat, nurse yg selalu check aku tu, katanye, ade had tekanan ni, kalo lebih yang ditetapkan kene bersalin terus. cuak plak aku. then cam biasa la prosedur kerajaan, lambat tunggu, aku rase leh beranak dulu kot waktu tu.

bila da tunggu dari pukul 8-12 lebih, sampai hubby pun da break lunch, baru name aku dipanggil. tu pun dari doktor pakar, rupe-rupenye doktor belah pagi sume tade waktu tu, pergi jamuan. siot! then doktor tu check la habeh2, katenye kepala anak da masuk kat ruang bawah, tp post tak bukak2. maybe sb tu kot aku rase berdebar2 sampai tekanan darah tinggi. doktor tu terus suruh masuk wad, dalam mase yang sama, hubby da kol tanye kat mane, mase kene tanye permission suami utk masuk hospital, aku nak kuar la kejap dari bilik doktor tu cari hubby, bukak2 pintu je, muka hubby ade kat depan, terus panggil masuk.

So, mulalah penantian aku dalam hospital tu, seminggu duduk dalam tu. asik menangis je.

Isnin-ok lagi la baru masuk, patutnye dapat 1st class, tp besela kerajaan, slow.
Selasa-checkup jantung baby, induce jam 6petang.
Rabu-check post, checkup jantung baby, induce jam 6pagi. da start contraction, kene cucuk ubat tahan sakit.

Bayangkanlah bape juta kali depa jolok bawah nak check sementara nak tunggu post bukak. Nangis2 aku dibuatnye.

Khamis- pagi tu kol hubby tak bangun2, penat tu ulang alik hospital je, mase tu da bermula duit banyak keluar. beli segala apa yang perlu. bangun pagi tu nurse kejut, katenye masuk labor room harini, kol la hubby, da cuak sangat da. Nurse bagi makan sarapan, then hubby datang, terus kene masuk labor room.

12jam dalam tu! Masuk pukul 8 pagi. Masuk tu la doktor pecahkan air mentuban tu, tangan kanan check tekanan darah n masuk air, tangan lagi satu pun masuk air, selang 4 jam depa datang check, and aku? takleh buat ape pun. sakit yang amat, Tuhan je tau, then tahap contraction sampai 90%, nurse2 kat situ sume da risau da, duk ulang alik tgk aku, doktor nye tak sampai2, then kene suntik ubat tahan sakit, selang 4jam plak kene sedut gas, dan kene suntik epidural, tu pun still sakit jugak, sampai nurse panggil hubby suruh restukan aku.

Nampak jugak la muka cuak hubby tu, aku minta die restu, die kate die restu, dan pelik, die kate die takde ape rase yg tak senang dengan aku. Mungkin itu ujian untuk kami agaknye, lepas daripada tu, dari bukaan post 6cm, terus jadi 9cm. Sampai demam2 aku, suhu badan naik sampai 40celcius. Ade sorg nurse tu letak kain kat kepala, kat celah kangkang, kat bawah ketiak, nak bagi kurang demam, takot jangkitan pada baby. Jam waktu tu pukul 7 suku, then baru nampak muke2 doktor, tu pun yg muda2, yg otai2 sume tak nampak.

Start jam 7 setengah, depa dah suruh aku teran. 6 kali teran baru anak kuar, letih yang amat, da la lepas sarapan terus lepas tu tak makan2, sampai 3 kali potong bawah ni nak keluarkan anak. Jam 7.57 malam, keluar je anak, doktor letak atas dada. Aku da tak mampu nak buat ape2 da. Cume 'sorry baby' je kuar dari mulut aku. Lepas tu jahit, then cabut saluran epidural, then pukul 10malam baru keluar, hadoi...

Depa terus masukkan baby dalam wad baby, aku sempat jumpe mase die keluar dari perut je. aku balik wad, makan sikit, then mintak hubby bawak naik wad atas tgk baby. macam2 cerita plak timbul waktu tu, rupanya aku takleh naik atas lagi, kene duduk bawah ade lagi proses masuk ubat plak, wat naya je. then hari jumaat aku boleh discharge. sayangnya baby still kene tahan lagi.