Tuesday, July 16, 2013

kene Tahan Lagi

Actually bila hari jumaat tu bersamaan dengan 12hb April 2013, aku da boleh discharge, then sebelum balik rumah tu kami naik ke wad atas lagi, sebab nak tengok anak. sebelum tu adalah naik sekali waktu malam, hubby nak azankan anak. bila turun, kena marah pulak ngan sister nurse yang bertugas, katanya takot berlaku pendarahan, antibiotik tak habis lagi. Aku and hubby pelik jugak sebab sebelum tu tanya nurse lain, dia kata boleh naik atas kalo nak tengok lepas makan and minum. yg sister nurse tu pun cakap nak menang je, report kang baru tau. huhu.. Then we just say sorry la. Nak buat macam mana bila sorang cakap lain, and yang lain cakap lain, da lah tak brief langsung.

Hari aku discharge tu, angah, kaklin, bibah, abah n mak sampai ke sini, engat dapat tengok anak, rupanya, sebelum kami sampai umah malam tu, pergi tengok anak, depa kata anak kena tahan sebab nak tunggu results darah takot jangkitan. Aku da panas da waktu tu, aik, semalam kot aku beranak, kenapa malam hari jumaat tu results taktau lagi, besoknya da sabtu, aku agak confirm lagi lama ni. Then aku pun balik la ngan hubby rehat kat rumah.

Balik tu lapar sangat2, then hubby pun masakkan makanan pantang. Alhamdulillah, nasib hubby pandai masak. Besok pagi nya tu, aku da bangun pagi2, semangat nak pi amik anak, sebab semalamnya depa kata result kuar pukul 9 pagi n doktor review setel sume time tu. aku pun berpantang la sume, then mak buatkna air, then sarapan roti, hubby pergi keluar jap g beli nasi lemak untuk yang lain, then dalam pukul 10 pagi tu kami pergi tengok anak.

Sampai je sana, depa kata tak leh bawak keluar lagi sebab result tak setel lagi, and doktor sorang je haritu. Aku rase macam nak maki je, lepas tu hubby balik la rumah jap sebab family dari ipoh ada dirumah, aku stay tunggu anak, bayangkanlah aku dengan tak larat nya dah ulang alik hospital. Da sampai tengahari doktor tak round lagi, then tepat lepas zohor, aku nampak doktor ada kat situ, so aku tunggu dalam wad baby tu. Lama sangat tunggu doktor tu setel, bayangkanlah berapa banyak baby ade kat situ die nak kene rewiew, then bile da setel,aku pun tanya la, da boleh keluar ke, nurse tu cakap, results tak keluar lagi and harini tak banyak staf keje so kene tunggu esok. Siap tanya lagi nak tempah katil tak untuk jaga anak malam tu. kesabaran aku meninggi waktu tu. so, aku cakap la 'tempah je la, tp saya tanya suami dulu,'

Keluar je dari wad baby, aku terus pening kepala, sakit urat belakang sampai ke leher, and terus terduduk, menangis. Mungkin terlalu marah n terlalu sabar. Benda macam ni pun depa wat perlekeh sampai macam tu sekali. Then aku kol hubby n aku tunggu kat depan pintu hospital, aku menangis je tak boleh berhenti. Sedih sangat. Mungkin sebab baru lepas bersalin, emosi tak menentu. balik tu aku masuk bilik, nangis puas2, sampai mak mentua aku pujuk, then terus tertido. Bangun2 je hubby cakap hospital kol suruh masuk wad dengan baby. Then aku pun siap2 barang sume, and mak bawakkan bekal untuk makan kat hospital, sbb lepas sarapan pagi tu, aku tak makan2 lagi.

Bila sampai sana, dapat katil then aku rehat sambil jaga baby, nak bagi susu, anak taknak, rupanya die da biasa susu formula and tak nak usaha utk hisap n menyusu. mana taknya, kuar2 dari perut terus masuk wad, depa terus bagi susu formula,aku anak pertama lagi, susah susu  nak keluar, sampai bengkang2. bila hari ahad da tau result, tada kuman langsung, tiba2 kene kuning pulak, sbb anak sebelah katil aku ni sakit kuning. lagi tambah aku menangis. kalo lah tak stay situ, mesti sume tu tak kena. satu hari je baby kene kuning, sbb memang aku da ready da tak nak bagi die kene kuning, so, waktu mengandung aku minum susu kambing.

 Dua haritu aku menangis je dalam wad, dengan demam nya lagi. dan susu dah bengkang, and stress sangat2. Pagi isnin tu tunggu results darah anak, then da boleh discharge tengahari. Alhamdulillah. tak sanggup nak tempuh hari dalam hospital. tatau la kenapa servis hospital kerajaan seteruk tu, aku cuba nak positifkan diri pun tak boleh da.

Kalo ada anak ke2, aku da cakap siap2 kat hubby, "kite pergi hospital swasta ye..hehe"

No comments:

Post a Comment