Monday, October 31, 2011

Please be WELL..





















Maafkan aku sebab jauh dari 


semua. Sampaikan dulu aku pernah rase tak guna ade kawan. Padahal aku yang 


jauh dari semua tapi aku tak terpikir pun yang kalian semua ade kat sana. 


Sampai aku rase jealous kalian ade each other kat sana. 


Seriously I have none of friends here except one here, macam yang


kalian tahu perangai aku dari kite sekolah lagi, 


aku memang kasar dan memang susah nak masuk dengan orang lain, 


I try to make myself busy and achieve what I want..


There is a difference between all of you with those guys here.


Beza betul pengalaman bile kite da meningkat dewasa ni. 


Sampai aku pernah tekad aku tak perlukan sape2 


untuk aku terus hidup sebab aku tak boleh nak percaya sesiapa pun 


sekarang kat sini.. 


Alangkah bagusnya kalau aku masih ade keluarga yang stabil n 


aku boleh stay kat sana sampai sekarang. Its unfair right?. :( 


Tapi macam kalian pernah cakap la,


Tuhan takkan uji hamba Nya kalo hamba tu mampu.. 


ade lagi yang tak bernasib baik lagi daripada aku.. 


tapi aku tak sangka la kawan aku sendiri yang kena..


Memang aku tak boleh terima sebenarnya. 


Setiap mase aku doa. Sampai aku tak senang duduk,


And inilah cara aku settlekan kerunsingan aku dengan meng-edit gambar. 

Monday, October 24, 2011

Program AtTaqwa

ini adalah antara scenes yang sempat aku snap sebelum camera ni menjadi lemau sepenuh masa.. damn.. org lain beli kamera 1st hand lagi murah dari aku pun boleh rakam video n gune lame.. adoila.. anyway, ni adalah ape yang berlaku dalam bus mase ondway nak bertolak ke pengkalan hulu pada 23hb oktober.. 







Program Himpun Sejuta Umat

Program Himpun Sejuta Umat, Selamatkan akidah umat... ini adalah antara gambar-gambar yang aku dapat snap melalui kamera lemau aku ni.. aku pergi mewakili kolej aku dengan presiden MPP kolej aku, then ngan kawan baik aku plus dengan biro hubungan luar PPmP, lecturer JPK, student2 program UiTM n student UTM..kami naek bus bersama Pembina Perak..

mau kasi promosi sket event ni.. hehe.. 
muke lapo..


jumpe ikon islam di program himpun ni.. :) sporting habes..


 CintaHati aku pun follow gak program ni.. nak menanges aku tgk die bermunajat sekali dalam program ni.. sayu hati tgk..


Antara keadaan-keadaan yang ade di program Himpun Sejuta Umat.. Alhamdulillah, program berjalan lancar..

Thursday, October 20, 2011

himpun selamatkan akidah



Selamatkan akidah umat Islam!

Oleh MOHD. RIDHUAN TEE ABDULLAH
PROF MADYA DR. MOHD RIDHUAN TEE ABDULLAHUniversiti Pertahanan Nasional Malaysia.
Tanggal 22 Oktober 2011, kita sebagai umat Islam akan melakarkan sejarah, percubaan untuk mengimpunkan seramai sejuta orang di Stadium Shah Alam. Sama ada berjaya atau tidak, kita serahkan kepada Allah SWT.
Perhimpunan ini yang dianjurkan oleh Sekretariat Himpunan Sejuta Umat (HIMPUN) serta badan-badan bukan kerajaan, NGO-NGO Islam, mewakili pelbagai pertubuhan, institusi-Institusi pendidikan, warga korporat, kelab-kelab sukan dan riadah, persatuan seni mempertahankan diri, pasukan beruniform, kelab-kelab belia, ahli jawatankuasa masjid dan surau, tenaga guru dan lain-lain badan.
Perhimpunan yang bertemakan "Selamatkan Akidah", secara tidak langsung mahu memberi amaran kepada bukan Islam supaya tidak mencampuri urusan orang Islam dan jangan sekali berani memurtadkan mereka.
Perlu diingatkan bahawa orang Melayu adalah umat Islam yang paling beruntung di dunia ini berbanding dengan umat Islam di negara-negara lain. Melayu dan Islam dilindungi oleh Perlembagaan. Islam itu, Melayu itu Islam. Lebih istimewa lagi yang memeluk agama Islam, pun boleh dikira sebagai Melayu mengikut Perlembagaan, walaupun bukan Melayu dari segi keturunan.
Bermakna, saudara Muslim juga tidak boleh murtad setelah memeluk Islam. Apatah lagi orang Melayu. Inilah peruntukan yang tidak ada dalam dunia. Begitulah beruntungnya umat Islam di negara bertuah ini.
Namun, sayangnya murtad tetap juga berlaku. Bukan Islam begitu berani memurtadkan umat Islam walaupun ia tidak dibenarkan sama sekali. Insiden yang dalam majlis Gereja Katholik Damansara Utama (DUMC) begitu mencabar sama sekali wibawa agama dan umat Islam. Kita mesti bangun sebelum nasi menjadi bubur.
Menurut statistik, setakat ini hanya 168 permohonan murtad diluluskan. Menurut sumber lain jumlah permohonan murtad sebanyak 686 manakala kelulusan diberikan kepada 135 orang. Sabah mendahului dengan 67 orang manakala Negeri Sembilan 33 orang.
Menurut Pawanchek Merican, jurucakap Persatuan Peguam Muslim, Mahkamah Syariah Negeri Sembilan telah meluluskan 16 kes meninggalkan Islam. Saya amat yakin jumlah ini jauh lebih besar daripada yang sebenar kerana menurut Mufti Perak, lebih 260,000 telah dimurtadkan.
Gerakan memurtadkan umat Islam telah lama berlaku. Apa yang penting bukannya angka, tetapi percubaan dan keberanian mencabar kedaulatan agama Islam. Kita tahu, tetapi buat-buat tidak tahu.
Pihak yang mengambil kesempatan amat licik. Contohnya, pembinaan pusat Kristian antarabangsa, yang dikenali sebagai Calvary Convention Centre (CCC) di Bukit Jalil oleh Calvary Church, atas nama badan kebajikan untuk mendapat pengecualian cukai. Memang menjadi perancangan Kristian untuk menjadi Malaysia sebagai sasaran Kristianisasi setelah berjaya di negara Melayu yang lain seperti Indonesia.
Bagi mendapat kebenaran merancang, mereka telah mengemukakan pelan kepada Dewan Bandaraya sebagai pusat komersial. Apabila mendapat kebenaran merancang, yang dibina bukanlah pusat komersial. Ia hanya sebagai alat, tetapi yang akan muncul nanti sebagai mercu tanda adalah gereja terbesar di Asia.
Itu pun mereka masih terus mendesak dan memohon kerajaan membenarkan mereka mendirikan gereja di Putrajaya dan Shah Alam, di kawasan yang mereka amat minoriti. Apakah kita masih buta?
Bagaimana populasi penduduk yang hanya 10 peratus boleh membina sebuah gereja terbesar di Asia dalam sebuah negara Islam? Tidak cukupkah dengan pembinaan patung tertinggi di dunia di Batu Caves? Jangan ulangi kesilapan demi kesilapan. Akhirnya, nanti negara ini akan keluar Malaysia boleh dalam segala hal. Di manakah kedudukan tujuh wasiat raja-raja Melayu itu?
Sebagai umat Islam kita sepatutnya menjunjung kasih titah Pemangku Raja Perak, Raja Dr. Nazrin Shah Ibni Sultan Azlan Muhibuddin Shah, yang disampaikan mewakili Raja-Raja Melayu sempena Kongres Majlis Agama Islam Negeri Seluruh Malaysia Kali Pertama bulan lalu.
Antara intipati utama yang terkandung dalam titah diraja baginda ialah supaya umat Islam di negara ini menghayati semangat bersatu padu khususnya dalam mempertahankan maruah agama dan bangsa.
Menurut baginda lagi, kelemahan umat Islam yang semakin terserlah menyebabkan pihak-pihak lain bertambah angkuh, dan toleransi umat Islam terus dicabar. Akibatnya, pencerobohan-pencerobohan bentuk baru telah berlaku seperti pelanggaran menghormati kalimah suci Allah yang sekian lama menjadi 'hak eksklusif' kepada umat Islam.
Menurut Raja Nazrin lagi, pada ketika umat Islam hari ini dilihat berada dalam kemelut taksub untuk meraih kuasa dan pengaruh politik sehingga sanggup menggadaikan prinsip-prinsip asas agama dan maruah bangsa. Ketaksuban politik di kalangan umat menyebabkan mereka bergembira melihat pihak yang kalah menjadi abu walaupun pihak yang menang hanya akan menjadi puntung-puntung arang.
Ingatlah wahai saudaraku, ramai yang beranggapan bahawa survival umat Islam (Melayu) terletak di tangan parti politik. Tanpa kita sedari sepatutnya survival parti politik itulah yang bergantung kepada umat Islam (Melayu) itu sendiri.
Adalah tidak tepat jika bangsa Melayu cuba dimajukan secara reaktif, yakni dengan saranan menyandarkan kekuatan mereka kepada kemenangan parti semata-mata, sedangkan mereka seharusnya dibangunkan secara proaktif dengan membina kekuatan diri sendiri terlebih dahulu. Kekuatan diri yang akan menguatkan kekuatan parti.
Hakikatnya parti hanyalah satu alat sedangkan kecemerlangan bangsa, agama dan negara adalah satu matlamat. Matlamat hanya ada satu, sedangkan jalan-jalan menuju ke matlamat begitu banyak. Bangsa yang bijak, tidak akan meletakkan hanya satu jalan sahaja untuk mencapai satu matlamat.
Di sinilah terletaknya kematangan berpolitik. Lihatlah politik bukan Islam, mereka meluaskan jalan dan jaringan, bebas untuk bekerjasama dengan mana-mana Amat jelas sekali ada gerakan yang seolah-olah mahu melunturkan akidah umat Islam dan menghalalkan apa yang diharamkan oleh Islam. Inilah cabaran yang memerlukan pengorbanan di kalangan kita.
Ayuhlah, tidak kira apa jua latar belakang, ideologi, parti politik dan sebagainya, kita sebagai umat Islam perlu zahirkan tindakan dengan tampil ke hadapan untuk menunjukkan solidariti kita pada 22 Oktober ini. Barulah ketika itu orang lain tidak berani memijak kepala kita lagi.

sabtu ni di stadium shah alam....  artikel diperolehi daripada pembina perak... :)

Saturday, October 15, 2011

Rindu sangat~~

Rindu Serindu Rindunya

Artist: Spoon
Berikanlah jawapan
Huraikanlah simpulan
Biar tenang jiwaku
Setelah kasih lama berlalu

Tidak mungkin kulupa
Perjanjian kita
Di bawah rumpun bambu
Di kala bulan sedang beradu oh..oh..

Mengapa terjadi perpisahan ini
Di kala asmara melebar sayapnya
Mengapa kau pergi di saat begini
Di kala hatiku terlukis namamu

Kalau memang tiada jodoh
Apa lagi nak ku heboh
Aku malu pada teman
Pada semua

Rindu ... rindu serindu rindunya
Namun engkau tak mengerti oh...oh
Pilu ... pilu sepilu pilunya
Namun engkau tak perduli

Malu ... semalu malunya
Namun apa daya orang tak sudi
Mahu ... semahu mahunya
Namun apa daya orang dah benci

Berikanlah jawapan
Huraikanlah simpulan
Biar tenang jiwaku
Aku malu
masa berlalu dengan pantas.. aku tak tahu ape nak jadi... aku masih ditakuk lama tapi aku takboleh buat ape2.. aku takboleh nak tolong die yakni tolong diri sendiri..aku rimas.. aku nak kuar cari rezeki yang aku perlukan.. aku nak habeh belajar cepat2 supaya aku boleh kerja dan tak mengharapkan org lain.. orang lain berubah cepat je..aku pun tak boleh buat ape2.. aku rase aku bukan lagi yang satu-satu untuk nye.. so, aku kene redha la.. aku tak tahu macamana nak lepas rindu, aku tanak tanggung rindu lama2.. udah tak bermaya da. tapi hati ni sedey.. belum ape2 lagi semuanye jadi bukan macam yang aku harapkan.. tak sanggup..

Thursday, October 13, 2011

A little frustrating

A little frustrating actually.. sedang aku sedap-sedap bersantai untuk bercuti dan duduk di rumah diam-diam takde org kaco. di saat itu la aku kene pergi meeting and selesaikan ape yang patut..



plus, aku da bawak balik da brang banyak giler untuk simpan kat umah.. huargh!! plus.. hp aku rosak pulak... ni lagi aku hangin.. adoila...

cepat la mase berlalu.. 


cepat la aku habes belajar... 


cepat la aku dapat keje.. 


cepat la aku kawen.. 


cepatla aku dapat ape yang aku nak... 


cepat la aku letak jawatan..

#buat muke selenge...~~ #





Monday, October 10, 2011

wweehhhoo!!

im HoME Babeyh!!! huargh... bosan n tak tahu nak buat ape.. actually i prefer to stay at home and didnt go out at all.. so i can be safe and sound... LAlaLALaaa so for those gegurl and boboy yang kat luar sane tu.. bersyukur la anda masih ade lagi rumah and bersyukur la anda masih ade lagi tempat untuk menangis.. syukur pada Tuhan.. sebaek tak merempat... huargh.. so,takpayah la kate mak ayah kongkong ke, mak ayah tak bagi kuar ke, bosan duk umah ke, or what ever alasan sekali pun. or anda lebey suke digelar 'manusia jalanan'?? tepuk dada tanye selera.. semua itu untu kebaikan semua actually.. org-org yang tade rumah tu pun berharap untuk ade rumah kalo kau orang sume nak tahu la... :D.. anyway.. Final exam aku da habeh.. and adela mase seminggu ni untuk rehat sebab nanti kene datang balik hostel untuk program.. thus, haritu kene bambu ngn my sis.. katenye die pergi training pun barang tak banyak cam hakuh~~ kui kui kui... malu aku... well, rase tak lengkap tanpa tu sume.. sebab ke mana saja kompom aku well prepared.. haaa kaw2 punye sampai semalam barang mandi aku tertinggal dalam baldi.. memang malas gier nak patah balik since aku tak bleh nek motor da sebab sakit belakang. sebaek kak aku yang jemput kelmarin... hee then aku pun follow la abg aku kuar semalam n kak ipar aku.. sambil-sambil tu singgah kat hostel then amek.. hihi.. wat malu je lagi..~~ so semalam memang happy giler spend time with my siblings... siap tengok n tagkap gambar bulan la tu... hehe.. sume ni zulpijad nye pasal.. kalo tak, kompom aku tak kuar cari bulan tu...
ini bulan nyeeeewww~~~






anyway,, CintaHati aku da mule start keje kat jeti. Da habeh orientasi 2 minggu, die da mule start keje sebagai penguasa kastam.. Alhamdulillah semua nye berjalan denga baik... Aku doakan semuanya yang terbaik untuk die.. Amin~~

Wednesday, October 5, 2011

SAYANG SEMUANYA~~

AKU SAYANG MAK AKU.. 

AKU SAYANG BAPAK AKU..
AKU SAYANG ABANG AKU..

AKU SAYANG 
KAKAK-KAKAK AKU...







AKU SAYANG ADIK AKU...




AKU SAYANG ANAK-ANAK SAUDARA AKU.. 


AKU SAYANG KEKASIH AKU... :D

Tuesday, October 4, 2011

well~~ aku pun nak interframe jugak~~

gambar ni agak besh jugak la sebab adik aku yag sorang ni tolong tangkap kan.. hee.. alang-alang da keluar tu.. tangkap je la gambar sehelai dua.. hehe

yang ni kononnya nak buat ala-ala bandit gitu.. tapi da jadi penyamun tarbus.. eh, same je rasenye.. hehe

outing gediks..~~

 ini la yang terjadi bile masing-masing2 gedik nak tangkap gambar.. hehe.. actually saje je nak tangkap gambar sama-sama sebelum sorang adik kami ni nak habeh study pra kat kolej kami ni.. anyway, aku je la yang gatai tangan sampai nak edit2 gambar semua ni sampai jadi macam poster.. ikot suka aku la nak buat art apa.. sebab aku yang tangkap.. hehehe tapi aku suka tengok gambar ni.. nampak ssssshhwwuuueeeettt jeer... hehe.. aww~~ and ayat- ayat yang aku letak dalam gamabr depa ni pun hasil dari buah fikiran mereka dan mereka... hehe..sukkeeenyyeerr~~


oklaaa~~ setakat ni gambar yang aku tangkap yang menjadi memandanga hari pun da gelap.. tujuan asalnya cume nak pergi makan.. hehe.. amboi pi makan pun nak melawa.. padahal aku yang suruh.. nak bagi semua nampak cantik dalam gambar.. tiba-tiba kamera aku LEMAU balik daa..~~ ten-si-yon aku dibuatnya.. huhu

yang ini gambar yang di snap secara membabi buta sebab mase ni dia nak cepat nak keluar pi dating... hehe.. alang-alan dia da bersiap.. aku fikir saja nak bagi ada gambar dia untuk simpanan sendiri.. maka aku jadikanla macam dia duduk kat sangkar tu.. padahal guna kepala katil je.. hehehe..

 Gambar ni besh.. ~~
 gambar ni pun besh jugak...~~
gambar ni lagggggiii besh~~~ muka menggoda gileee... pandai adik-adik aku ni posing rupanya... hehe