Wednesday, December 25, 2019

Cara-cara Membuat Takoyaki di Rumah

Assalamualaikum yang sudi membaca.


Baru baru ni saya dan suami beli takoyaki pan utk mencuba buat ala-ala cekodok bulat jepun a.k.a takoyaki..
Dan, kami rasa macam rare sangat takoyaki ni sebab bahan dia ada guna 'bonito flakes' tu.. dibuat daripada isi ikan yang dikeringkan dan dihiris menjadi kepingan..

Rasa dia sangat sedap dan menarik. Punca kami nak buat sendiri dirumah ialah, bila kami beli takoyaki digerai-gerai luar, banyak yang isinya kosong dan hanya ada seketul sosej atau isi ketam, ataupun janggut sotong saja. jadi kami pun mencuba sendiri dirumah.

Isinya, kami letak isi ayam, sosej, dan kobis.. ada waktu kami letak hirisan lobak merah.
Saya mencari supplier set takoyaki yang ada sediakan lengkap hidangan takoyaki termasuklah 'bonito flakes' dan sos nya. Alhamdulillah jumpa. Cuma, saya taknak lah share siapa, sebab 'she is a fussy seller'... dan saya tak nak cerita selanjutnya, mungkin itulah kali pertama dan kali terakhir saya membeli dengan beliau.

Kita cuba cari orang lain pula lepas ni.. so sesiapa yang buat dropship jual set takoyaki tu, tinggalkan contact no di ruangan komen ya..

Cara-caranya senang je, bancuh tepung dan letakkan pada takoyaki pan tu, dan letakkan bahan-bahan2 yang ada.. 


Cuba tengok video...

Dalam video, kami letak sayur kobis tu banyak.. sebab kami gila sayur. rasa pelik je bila beli kat luar, hanya tepung semata-semata. Memandangkan kami suka mencuba sesuatu yang mencabar,  apa kata kami cuba..

Sepatutnya kan, kene ada takoyaki stick tu, kami tak beli lagi.. hahahaha.. tunggu kita upgrade..
Disebabkan takoyaki tu kami nak makan, maka pada hari percubaan tu, kami buat banyak. hahahaha.. gila tak gila, maka, jadilah dinner kami pada hari itu.


Nampak sedap bukan? 

Nak buat takoyaki ni perlukan kesabaran.. patutlah orang yang menjual pasti akan buat dulu sebelum customer datang. Memang renyah lagi-lagi yang pakai lidi macam kami ni.. hahahaha.. ok.. sila gelak sekali.. 


Taraaaa... this is 1st attempt hidangan takoyaki yang kami berjaya hasilkan. Anak no2 kami makan dengan berselera. Siap minta lagi..

Bila kami balik kampung jumaat lepas, kami bawa lagi tepung dan set takoyaki ni semua ke kampung. Buat kat kampung pula, bagi saudara mara lain merasa. hihihi.. Satu batch pun dekat sejam baru nak siap.. buatnya lambat, makannya sap sap sui setel..


 Haa, tengok! ni 2nd attempt.. Belum sempat tangkap gambar, dua ketul da hilang.. hahahah.. dan kene tunggu satu jam lagi nak siapkan batch seterusnya. 
MAKANNNNNN!!!!

Haritu semua orang rasa sorang sikit, sebab nak buatnya lama, sampai berpeluh-peluh duduk dapur. Saing dengan mak masuk dapur. Sampai mak da siap masak takoyaki pun tak siap-siap. Lawak sungguh.. hehe

Hari ke3 buat takoyaki, kali ni da expert sikit. laju je siap, sampai tak cukup tepung.. Tapi tu la, orang da tak ramai, jadi yang mana tinggal saja kita kekah takoyaki bersama.. hehe






Inilah wajah-wajah nya.. Mengiurkan bukan? Dah selamat dalam perut.. 
Burpppp... Alhamdulillah..

Jangan lupa sesiapa yang kenal seller set takoyaki ni, mai habaq naa... 



Wednesday, December 18, 2019

Sofa Lama Jadi Baru

Cliche sgt tajuknya ya? Hihi.. takpela.. meh nak story.. 
Asal kawasan ni sebenarnya sepah.. anak main turun naik kat situ.. ini tak boleh jadi ni.. saya rasa rimas.. haha.. tibe2 dalam bingit, boleh tercetus idea nk buat cover ni.. pertama kali buat.. 

12.12 haritu.. saya terjebak pula dengan sales dalam aplikasi shoppee. Niat nak cari kain langsir anak. Tapi ternampak kain corak cantik2.. so beli dulu. Mana lah tau ade orang tempah boleh buat beg.. tapiiii... 
 ternampak juga kain jenis jersey ni.. 1 meter baru rm3.40.. jadi sy beli dalam 8 meter.. alang2 dapat shipping free, jadi kita pun beli lah.. 

Kain yang bercorak segi tiga tu pula, daripada kain heavy cotton.. heavy sangat.. ingatkan lembut macam japanese cotton.. kot2 la boleh buat stok beg kan.. tp takpela.. kite buat guna apa yang ada.. adjust punya adjust.. dapat la 6pcs sarung bantal.. 

From this.. 

To this..

Depan guna Heavy Cotton.. belakang guna kain jersey.. elok melekat pada bantal tu. 
Nampak kemas je.. takde la teralih2 ke.. 

So, memandangkan bantal sofa tu je yang jadi cantik.. sebab tu saya decide nak cuba buat sofa terus.. 

Pagi isnin tu saja da siap ukur.. dalam petang macam tu da send gambar suprisee kat husband.. 
Seronok oi.. laki sendiri seronok.. hahahha..
Dan.. alang menyeluk perkasam, biar sampai ke pangkal lengan.. kite setelkan terus sampai sofa sebelah tu.. yang sambungan tu..
Hujung tu sebelahnya tempat letak kayu.. macam meja la.. tapi kami jenis tak suka makan or minum disofa.. jadi kayu tu kami simpan.. letak bantal besar empuk kat situ.. anak2 suka baring.. tak sakit la kalau terkena kayu kan.. 

Kain balance kita siapkan sarung utk bantal besar tu sekali.. kira last touch up la ni.. 

So modal yang saya guna hanyalah 
3meter Heavy cotton = rm9.90x 3 = rm29.70
8meter kain jersey = rm3.40x 8 = rm27.20
Total rm56.90..

Buat pembelian pada 12.12 Free Shipping.. 
Item pilih yang dalam Malaysia saja... bukan direct dari China.. pandai2lah pilih kan.. 

Ok.. itu saja.. nanti da siap boleh spray air campur essential oil.. wangiiii... kain pun lembut je.. best sangat tidur.. siap rasmi lagi tidur atas tu sekejap.. haha

Sunday, December 15, 2019

Ahad Yang Menyenangkan Hati

15 Disember 2019


Hari kami merancang untuk mengemas rumah. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengajar anak dara saya tidur asing.. yeay..

Dua malam bertungkus lumus untuk memastikan anak dara tidak tidur disebelah kami.. Jenuh nak pujuk.. Segala lagu lullaby, berzanji semua keluar..
Dalam masa yang sama, penggunaan essential oil lavender banyak digunakan.. jeng jeng..
Ade juga tengok video pasal cara orang putih asingkan tempat tidur anak.. tp tula, abang-abang nya da 3 tahun dan 4 tahun da diasingkan tempat tidur...
Jadi bila anak dara ni da nak masuk 4tahun, baru lah datang idea nak asingkan tempat tidur apabila tiba satu malam tu, secara tidak langsung dia minta tidur bersama abang-abang..
Saya pun apa lagi, kasi brainwash sama itu budak..
"Awak da besar, now kene tidur asing. Tak boleh tidur dengan ummi abah da."
Jadi dua malam sebelum ni, memang berperanglah sebab nak tidur dengan abang2 kejap je, lepas tu taknak da.. aduhai..

Jadi harini asbab nak kemas rumah je, kami terus setting bilik anak-anak.. wujudkan mood supaya si anak dara ni nak tidur asing dari kami..
ok, yang ni best.. actually, sales 12.12 ni, saya tak selamat langsung. sebab jumpa seller jual 1 meter rm9.90 je,, sangat murah berbanding tempat2 yang lain, jadi saya cuba beli 3 meter, pakai congak je hehe.. termasuk dengan congak duit yang ada.. haha.. 

terus jahitkan langsir anak2, supaya adalah rasa seronok dalam bilik sendiri, corak langsir pun cantik je. Ternyata percubaan kami berjaya, kemas bilik, asingkan tempat main, dan susun katil anak dara sebelah dengan tilam abang2, jadi la kan.. ruang pun ngam-ngam saja. 

Selimut2 anak2 saya jahitkan juga tu, semua kalau boleh nak jahitkan sendiri. jimat uiii..
Seronok sangat bila anak2 seronok tengok bilik dorang cantik. Sampai ada yang tak sabar nak tidur. 
Akhirnya tercapai hajat nak asingkan tempat tidur anak2.. 

Maaflah, saya dan anak2 memang co-sleep dari baby lagi, dah besar bila dah berani tidur sendiri baru asingkan.. Sebelum ni abang2, now turn anak dara pula.. 
Alhamdulillah, every went well, no drama.. yang penting seronok..

Sempat dia cakap pada saya, 
"Ummi, unga tak nak abah" 
hahahahhahaha

Ok, its time to dating dalam bilik sendiri.. muehehehe

Essential Oil Yang Memudahkan Harian Anda 3.0

Peppermint


Topikal/Aromatik

• Mengandungi unsur menthol dan menthyl acetate yang hadir secara semula jadi
• Boleh didapati dalam PanAway®, Aroma Siez™ dan berbuli Deep Relief™
• Mendinginkan otot yang kepenatan selepas aktiviti fizikal
• Memberikan sensasi melegakan/mendinginkan apabila disapu pada bahu, leher dan kulit kepala
• Mempunyai aroma menyegarkan yang membantu mencipta satu suasana yang fokus
• Mempunyai aroma yang tetap apabila dibaurkan

inilah rupa daun pudina..


• Boleh dititiskan pada syampu kegemaran anda untuk menikmati sensasi yang menyegarkan
• Boleh dicampurkan dengan Lavender dan disapu pada kulit pada hari yang panas untuk
menikmati sensasi yang dingin.
• Boleh dihidu untuk menikmati satu pengalaman yang menyegarkan
• Boleh ditambahkan pada ubat gigi atau pencuci mulut untuk nafas yang lebih segar
• Boleh digunakan untuk urutan yang melegakan

Thursday, December 12, 2019

Essential Oil Yang Memudahkan Harian Anda 2.0


LEMON
Topikal/Aromatik

• Boleh dibaurkan untuk menghasilkan aroma yang menyegarkan dan membangkitkan semangat 
• Boleh dibaurkan untuk mencipta satu persekitaran yang lebih fokus 


• Boleh dibaurkan untuk meningkatkan mood 
• Boleh digunakan dalam rutin waktu malam anda bagi membantu meningkatkan keremajaan 
pada permukaan kulit; elak cahaya matahari atau sinar UV secara langsung sehingga 12 jam 
selepas menggunakan produk 
• Boleh digunakan bagi menanggalkan pelekat yang melekit

Sunday, December 8, 2019

Essential Oil Yang Memudahkan Harian Anda


LAVENDER



Minyak pati lavender 

Ingin rasa hidup seperti seorang ratu? Tetapi sebenarnya anda boleh berehat dan memanjakan diri anda seperti royalti dengan minyak pati Lavender! 


Dari kulit yang sutera sehinggalah malam yang menenangkan, anda pasti mahu mengekalkan minyak ini dalam jangka yang lama. 


Antara sumbangan Lavender:- 



TIDUR LENA

Letakkan beberapa titik pada tisu dan letakkan di dalam kain bantal sebelum tidur untuk bau yang santai. 

KEKAL SEGAR.

Tambah satu drop atau dua ke pelembap kegemaran anda untuk menyokong mengurangkan kekecutan dan kekalkan wajah yang muda. 

TAMBAHKAN DALAM PERAPI

Meningkatkan daya pelembap perapi anda dengan menambah beberapa titik. 

BUANG BAU DIBILIK MANDI

Letakkan setitik pada tiub kadbod di dalam roll kertas tandas anda untuk bau yang manis dan halus. 

LEMBUTKAN KULIT ANDA

Gabungkan Eucalyptus Globulus dan Lavender untuk menenangkan kulit yang teriritasi selepas sehari di bawah sinar matahari supaya anda dapat menikmati aktiviti musim panas anda. 

SANTAI SEPERTI SPA DIBILIK MANDI

Titikkan dalam mandian untuk keremajaan kulit.

Petua YL: Anda boleh menukar resipi dengan menambahkan essential oil Thieves dalam resipi mandi rendam ini untuk bersantai dan menghiburkan. 


MEMBERI KETENANGAN

Pasang dipembaur elektronik anda 3-5 titis Lavender untuk ketenangan maksimum.

Thursday, December 5, 2019

Cara-cara Untuk Menikmati Kopi Kegemaran Anda Di Rumah

Pergh!! Tajukkkk...

Yes.. itulah saya nak share dalam entry kali ini..
Saya seorang suri rumah. Jadi memang tak ada masa untuk keluar 'mengeteh'.. kalau orang laki pergi mengeteh pun, rasanya minum apa yg ada saja di kedai kopi tu ataupun restoran mamak.. tp tidak pada saya.. istilah mengeteh ku begitu kelas sekali..

Kalau boleh nak pergi starbucks je, atau cafe coffee beans yang lain.. duduk sorang sambil hirup bekalan caffein tanpa diganggu sesiapa.. sebulan sekali pun dah seronok sangat uiii...

Rasa macam donia ni saya yang punya.. but since kesihatan pun dah tak mengizinkan.. badan lebih suka berbaring dan berehat dirumah saja.. jadi saya suka membaristakan diri sendiri dirumah.. process biji kopi dan bancuh guna coffee maker.. whisk susu sendiri guna milkwhisk stainless steel tu dan tabur sedikit serbuk koko.. minum panas panas dirumah bertemankan hiruk pikuk jeritan anak kiri dan kanan..
Tengoklah gambar ni.. sedap ni... tak tipu.. ni versi hot cup.. ala.. siapa tgk cerita gilmore girls mesti die tau.. feeling minum kopi tuuu... yg ni buat kat rumah je.. modal? Biji kopi, gula sikit, koko sikit, susu full cream.. 

Ok.. kalau versi sejuk.. kita buat ais tu daripada coffee o yg dah dikacau gula.. freeze kan dan nikmati bila da beku.. 

Letak beberapa ketul coffee ice dlm cawan dan tuangkan saja susu full cream.. biarkan die melting sendiri.. 

Minum sejuk2.. asyiknya!!

recycle cawan amway ui... haha

Jadi.. inilah cara saya treat diri sendiri dan hidang pada suami.. ikot pada citarasa suami nak kopi ape kali ni.. 

Tp kalau tak da stok susu full cream, kami minum air kopi o saja.. yum yummm... 

Sunday, December 1, 2019

Cara-cara untuk dapatkan Appoinment Anak Istimewa Bersunat

Assalamualaikum semua. 

Harini saya ingin kongsikan bagaimana saya dapatkan tarikh appoinment untuk anak autism saya bersunat.


Ini anak autism saya.. sebelum ni sangat hyper dan susah dikawal. Sekarang dia sangat behave.. so harini dia bersunat dengan bantuan doktor di hosp shah alam. 

Sebelum dapatkan appoinment, saya suarakan keinginan saya sebagai penjaga Khalaf untuk Khalaf bersunat. Saya beritahu kepada doktor pakar kanak-kanak sewaktu giliran Khalaf berjumpa doktor semasa dalam process terapi.. selang 6bulan Khalaf akan berjumpa dengan doktor pakar kanak-kanak untuk dipantau perkembangan.

Jadi doktor keluarkan surat rujukan untuk diberikan kepada bahagian klinik pembedahan. 

Dengan rujukan itu, kami diberikan tarikh untuk berjumpa doktor utk memastikan Khalaf layak disunat atau tidak. Memandangkan bentuk fizikal Khalaf sesuai disunat, jadi kami dpt tarikh untuk berjumpa doktor pakar bius dahulu.. selang 3bulan.

Beza tarikh antara berjumpa doktor bius dan doktor bedah hanya beberapa hari. 
Hari jumaat jumpa doc bius, hari isnin sudah disunatkan.. 


Alhamdulillah, selesai prosedur sunat. 
Ramai yang tanya, kenapa buat dihospital? Sunat dah kene warded ke sekarang? 
Tak.. ini pilihan.. atas nasihat beberapa orang doktor juga. Sebab untuk mengelakkan kejadian trauma pada Khalaf, walaupun Khalaf nampak normal tapi pemikiran dia masih lagi seperti 3tahun walaupun sudah berusia 6tahun.. 

Jangan rasa beban bila perlu buat di hospital dan perlu ikut tarikh yang diberikan. Pada saya prosedur hospital kerajaan walaupun jarak antara tarikh itu lama ataupun perlu tunggu berjam2 utk 1kali appoinment.. ia sangat sangat berbaloi. Sebab? 

1. Pegawai kesihatan memastikan anak kita sesuai bersunat atau tidak
2. Suasana bersunat hanya doktor dan ibu/bapa, tiada campur tangan atuk nenek pakcik makcik kenduri kendara. Ini akan menambahkan lagi stress level anak istimewa.
3. Mudah kerja serta layanan istimewa utk anak istimewa..

Lepas sunat, tunggu doktor round check, lepas tu dah boleh balik..

Malam semalam sudah bekalkan diffuser dan essential oils utk ketenangan Khalaf dan Abah Khalaf.

1. Diffuse EO Gathering semasa tidur. 
2. Eucalyptus Radiata utk kawal dengkur semasa tidur. Tak mahu patient katil sebelah terganggu dengan dengkur.
3. Frankinsence bantu kawal nervous Khalaf- sapu
4. Lavender- supaya tenang.. 

Alhamdulillah everything went well.. tinggal pantau dan oiling sehingga baik.. insyaAllah.. 


Full Weekend

Done 2 days of classes and meeting

Saturday - Blogger Class & Flatlay Class
Sunday - Gate Keeper Meeting & LDT Class

Khalaf warded today dengan abah Ahmad Shahir Zainal Othman.. will be sunat tomorrow.. Khalis dan Bunga stay dengan Ummi..

Tq Syaridatunoor Sulaiman sudi tgkkan khalisbunga setengah hari sementara ummi masih di PJ..

Tq kak Faraliza Fadzlee sudi tumpangkan balik harini..
Tq liyana tumpangkan semalam..
Alhamdulillah..






Saturday, November 30, 2019

Cuba Sedaya Upaya

Setiap pagi mesti terfikir.
Harini nak share tentang apa ya.
Selalu share difb saja.
Lepas malas nak update di sini.
Hehe..

Mood pun ada pasang surutnya.
Apakan daya.
Sementara ondway nak ke meeting ni..
Udah terlambat la pula ni..
Alang alang kita update saja la disini.

Balik dari kelas semalam.
Terus cuba snap lagi gambar guna hp.
Waduh..
Peninglah hp ni.. gambar da pecah2.
Standard la. Hp seorang ibu.. survive setelah dilempar ke sana ke mari..
Well.. begini lah when i said no gadget for my children..

Bila da cuba dan cuba lagi.. berjaya hasil kan satu gambar flatlay yg ade pantulan cahaya lampu la pula tp berjaya la kiranya..

Kalau tidak, sebelum tu, asyik pecah je gambar nya.. sedih..

Tadaaa... cantik tak? Since baru cuba2 kan. Saya da rasa macam lompat bintang ni.. haha.. 
Anyone need Lavender Essential Oil? Feel free to contact me at 01120822145.. im gladly to help you to grab one.

Mencari Kekuatan Baru

Hi.. Lama tak bersiaran

Saya da lama berniat nak mulakan semula pernulisan.. tp biasalah.. ank kecil lagi dan saya pula sejenis cepat bosan... jadi doakan konsistensi saya ya lepas ni..

Asbab saya join group oilers, saya dpt balik semangat nak berblog.. hihi..

So tadi ade kelas blog dan kelas tangkap gambar mcm pro.. hee..

Kelas start pada jam 9 pagi dan habis pukul 4..
Barulah ingat balik how to write this blog and praktis snap a very good pictures..

Here some of pictures yang kami snap di kelas tadi..









Masing masing cuba nasib gais!
Pakai hp biasa je pun boleh.. 
Best betul laaa.. 

Nak cuba essential oil? Beli loose pun boleh tau.. just pm je 01120822145-Dija