Wednesday, December 25, 2019

Cara-cara Membuat Takoyaki di Rumah

Assalamualaikum yang sudi membaca.


Baru baru ni saya dan suami beli takoyaki pan utk mencuba buat ala-ala cekodok bulat jepun a.k.a takoyaki..
Dan, kami rasa macam rare sangat takoyaki ni sebab bahan dia ada guna 'bonito flakes' tu.. dibuat daripada isi ikan yang dikeringkan dan dihiris menjadi kepingan..

Rasa dia sangat sedap dan menarik. Punca kami nak buat sendiri dirumah ialah, bila kami beli takoyaki digerai-gerai luar, banyak yang isinya kosong dan hanya ada seketul sosej atau isi ketam, ataupun janggut sotong saja. jadi kami pun mencuba sendiri dirumah.

Isinya, kami letak isi ayam, sosej, dan kobis.. ada waktu kami letak hirisan lobak merah.
Saya mencari supplier set takoyaki yang ada sediakan lengkap hidangan takoyaki termasuklah 'bonito flakes' dan sos nya. Alhamdulillah jumpa. Cuma, saya taknak lah share siapa, sebab 'she is a fussy seller'... dan saya tak nak cerita selanjutnya, mungkin itulah kali pertama dan kali terakhir saya membeli dengan beliau.

Kita cuba cari orang lain pula lepas ni.. so sesiapa yang buat dropship jual set takoyaki tu, tinggalkan contact no di ruangan komen ya..

Cara-caranya senang je, bancuh tepung dan letakkan pada takoyaki pan tu, dan letakkan bahan-bahan2 yang ada.. 


Cuba tengok video...

Dalam video, kami letak sayur kobis tu banyak.. sebab kami gila sayur. rasa pelik je bila beli kat luar, hanya tepung semata-semata. Memandangkan kami suka mencuba sesuatu yang mencabar,  apa kata kami cuba..

Sepatutnya kan, kene ada takoyaki stick tu, kami tak beli lagi.. hahahaha.. tunggu kita upgrade..
Disebabkan takoyaki tu kami nak makan, maka pada hari percubaan tu, kami buat banyak. hahahaha.. gila tak gila, maka, jadilah dinner kami pada hari itu.


Nampak sedap bukan? 

Nak buat takoyaki ni perlukan kesabaran.. patutlah orang yang menjual pasti akan buat dulu sebelum customer datang. Memang renyah lagi-lagi yang pakai lidi macam kami ni.. hahahaha.. ok.. sila gelak sekali.. 


Taraaaa... this is 1st attempt hidangan takoyaki yang kami berjaya hasilkan. Anak no2 kami makan dengan berselera. Siap minta lagi..

Bila kami balik kampung jumaat lepas, kami bawa lagi tepung dan set takoyaki ni semua ke kampung. Buat kat kampung pula, bagi saudara mara lain merasa. hihihi.. Satu batch pun dekat sejam baru nak siap.. buatnya lambat, makannya sap sap sui setel..


 Haa, tengok! ni 2nd attempt.. Belum sempat tangkap gambar, dua ketul da hilang.. hahahah.. dan kene tunggu satu jam lagi nak siapkan batch seterusnya. 
MAKANNNNNN!!!!

Haritu semua orang rasa sorang sikit, sebab nak buatnya lama, sampai berpeluh-peluh duduk dapur. Saing dengan mak masuk dapur. Sampai mak da siap masak takoyaki pun tak siap-siap. Lawak sungguh.. hehe

Hari ke3 buat takoyaki, kali ni da expert sikit. laju je siap, sampai tak cukup tepung.. Tapi tu la, orang da tak ramai, jadi yang mana tinggal saja kita kekah takoyaki bersama.. hehe






Inilah wajah-wajah nya.. Mengiurkan bukan? Dah selamat dalam perut.. 
Burpppp... Alhamdulillah..

Jangan lupa sesiapa yang kenal seller set takoyaki ni, mai habaq naa... 



No comments:

Post a Comment