Sunday, December 1, 2019

Cara-cara untuk dapatkan Appoinment Anak Istimewa Bersunat

Assalamualaikum semua. 

Harini saya ingin kongsikan bagaimana saya dapatkan tarikh appoinment untuk anak autism saya bersunat.


Ini anak autism saya.. sebelum ni sangat hyper dan susah dikawal. Sekarang dia sangat behave.. so harini dia bersunat dengan bantuan doktor di hosp shah alam. 

Sebelum dapatkan appoinment, saya suarakan keinginan saya sebagai penjaga Khalaf untuk Khalaf bersunat. Saya beritahu kepada doktor pakar kanak-kanak sewaktu giliran Khalaf berjumpa doktor semasa dalam process terapi.. selang 6bulan Khalaf akan berjumpa dengan doktor pakar kanak-kanak untuk dipantau perkembangan.

Jadi doktor keluarkan surat rujukan untuk diberikan kepada bahagian klinik pembedahan. 

Dengan rujukan itu, kami diberikan tarikh untuk berjumpa doktor utk memastikan Khalaf layak disunat atau tidak. Memandangkan bentuk fizikal Khalaf sesuai disunat, jadi kami dpt tarikh untuk berjumpa doktor pakar bius dahulu.. selang 3bulan.

Beza tarikh antara berjumpa doktor bius dan doktor bedah hanya beberapa hari. 
Hari jumaat jumpa doc bius, hari isnin sudah disunatkan.. 


Alhamdulillah, selesai prosedur sunat. 
Ramai yang tanya, kenapa buat dihospital? Sunat dah kene warded ke sekarang? 
Tak.. ini pilihan.. atas nasihat beberapa orang doktor juga. Sebab untuk mengelakkan kejadian trauma pada Khalaf, walaupun Khalaf nampak normal tapi pemikiran dia masih lagi seperti 3tahun walaupun sudah berusia 6tahun.. 

Jangan rasa beban bila perlu buat di hospital dan perlu ikut tarikh yang diberikan. Pada saya prosedur hospital kerajaan walaupun jarak antara tarikh itu lama ataupun perlu tunggu berjam2 utk 1kali appoinment.. ia sangat sangat berbaloi. Sebab? 

1. Pegawai kesihatan memastikan anak kita sesuai bersunat atau tidak
2. Suasana bersunat hanya doktor dan ibu/bapa, tiada campur tangan atuk nenek pakcik makcik kenduri kendara. Ini akan menambahkan lagi stress level anak istimewa.
3. Mudah kerja serta layanan istimewa utk anak istimewa..

Lepas sunat, tunggu doktor round check, lepas tu dah boleh balik..

Malam semalam sudah bekalkan diffuser dan essential oils utk ketenangan Khalaf dan Abah Khalaf.

1. Diffuse EO Gathering semasa tidur. 
2. Eucalyptus Radiata utk kawal dengkur semasa tidur. Tak mahu patient katil sebelah terganggu dengan dengkur.
3. Frankinsence bantu kawal nervous Khalaf- sapu
4. Lavender- supaya tenang.. 

Alhamdulillah everything went well.. tinggal pantau dan oiling sehingga baik.. insyaAllah.. 


No comments:

Post a Comment