Sunday, December 15, 2019

Ahad Yang Menyenangkan Hati

15 Disember 2019


Hari kami merancang untuk mengemas rumah. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengajar anak dara saya tidur asing.. yeay..

Dua malam bertungkus lumus untuk memastikan anak dara tidak tidur disebelah kami.. Jenuh nak pujuk.. Segala lagu lullaby, berzanji semua keluar..
Dalam masa yang sama, penggunaan essential oil lavender banyak digunakan.. jeng jeng..
Ade juga tengok video pasal cara orang putih asingkan tempat tidur anak.. tp tula, abang-abang nya da 3 tahun dan 4 tahun da diasingkan tempat tidur...
Jadi bila anak dara ni da nak masuk 4tahun, baru lah datang idea nak asingkan tempat tidur apabila tiba satu malam tu, secara tidak langsung dia minta tidur bersama abang-abang..
Saya pun apa lagi, kasi brainwash sama itu budak..
"Awak da besar, now kene tidur asing. Tak boleh tidur dengan ummi abah da."
Jadi dua malam sebelum ni, memang berperanglah sebab nak tidur dengan abang2 kejap je, lepas tu taknak da.. aduhai..

Jadi harini asbab nak kemas rumah je, kami terus setting bilik anak-anak.. wujudkan mood supaya si anak dara ni nak tidur asing dari kami..
ok, yang ni best.. actually, sales 12.12 ni, saya tak selamat langsung. sebab jumpa seller jual 1 meter rm9.90 je,, sangat murah berbanding tempat2 yang lain, jadi saya cuba beli 3 meter, pakai congak je hehe.. termasuk dengan congak duit yang ada.. haha.. 

terus jahitkan langsir anak2, supaya adalah rasa seronok dalam bilik sendiri, corak langsir pun cantik je. Ternyata percubaan kami berjaya, kemas bilik, asingkan tempat main, dan susun katil anak dara sebelah dengan tilam abang2, jadi la kan.. ruang pun ngam-ngam saja. 

Selimut2 anak2 saya jahitkan juga tu, semua kalau boleh nak jahitkan sendiri. jimat uiii..
Seronok sangat bila anak2 seronok tengok bilik dorang cantik. Sampai ada yang tak sabar nak tidur. 
Akhirnya tercapai hajat nak asingkan tempat tidur anak2.. 

Maaflah, saya dan anak2 memang co-sleep dari baby lagi, dah besar bila dah berani tidur sendiri baru asingkan.. Sebelum ni abang2, now turn anak dara pula.. 
Alhamdulillah, every went well, no drama.. yang penting seronok..

Sempat dia cakap pada saya, 
"Ummi, unga tak nak abah" 
hahahahhahaha

Ok, its time to dating dalam bilik sendiri.. muehehehe

No comments:

Post a Comment