Wednesday, January 4, 2012

mari belajar sejarah 2


Salam satu Malaysia.. hoho.. Mase dalam gambar ni, aku dan family aku berada berdekatan dengan daerah Ulu Melaka..disebabkan belum bersarapan lagi. kami pun pi la cari Makam Mahsuri yang kebetulan nye depan makam tu ade kedai makan.. pergh.. dahsyat.. roti canai die sedap giller. marvelous. plus, yang buat roti canai tu adalah wanita.. go gurl!!!!.


Orait,, this pic kredit tu my sister.. janji ade.. hoho.. SELAMAT DATANG KE KOTA MAHSURI..
 Tu dia!!! tiket nye.. ade iklan gamat house lagi tu..
Ini adalah potret semasa mahsuri di hukum bunuh.. aku tgk gambar ni.. aduhai.. tahan sebak di dada.. huhu...
Ini adalah makam mahsuri di tangkap dari sisi kiri.. Al-fatihah...
Dan yang ini dari sisi depan.. credit tu my sister jugak gambor nie..
Ini adalah suasana di dalam rumah Pandak Mayah..bapa kepada Mahsuri.. dan buai tu adalah buai Mahsuri masa die kecik2 dulu.
Ini die dapur di rumah Pandak Mayah..
 Telaga Mahsuri..
 ok!! Cukup sudah aku merepek dan meraban.. Actually cerita yang aku paham daripada penjelasan tentang kesah mahsuri di Kota Mahsuri ni adalah...
Mahsuri adalah gadis yang penuh pakejnye sebagai gadis melayu sebelum mengawini Wan Derus.
kecantikkan Mahsuri tersebar sehingga menarik perhatian Wan Jaya yang dikenali sebagai Dato Pekerna Jaya sehingga Wan Jaya mengambil keputusan menyunting Mahsuri untuk adiknya, Wan Derus. Wan Derus jatuh cinta dengan Mahsuri memandangkan Mahsuri akan jadi isterinya, lagi la die suka.. so, berlangsung la perkhawinan mereka.

Mahora bini kepada Wan Jaya dan sebagai wakil sultan Kedah berasa cemburu dengan Mahsuri.Pada suatu hari, Wan Derus terpaksa ke Siam menggantikan kerja Wan Jaya yang sedang gering. So, Mahora take advantages untuk memfitnah Mahsuri. Peluang bertambah cerah apabila Mahsuri telah bertegur sapa dengan Derambang, pelawat pulau Langkawi tu.

so, atas desakan dan pujukan Mahora, Wan Jaya yang terkenal dengan sifat tegas nya termakan fitnah Mahora dan menjatuhkan hukuman kepada Mahsuri. Sebenarnya, hukuman itu ingin di laksanakan terus, tapi atas pendapat sesetengah pembesar, mereka berpendapat supaya mereka ingin menunggu kepulangan Wan Derus dulu baru jatuhkan hukuman. lama jugak Mahsuri di pasung tanpa di beri makan dan minum. Pandak Mayah dan isteri beberapa kali cuba menebus Mahsuri, tapi tidak berjaya. 
Disebabkan oleh kerana tidak tahan dengan hukuman itu, Mahsuri memberitahu rahsia nya bahawa dia hanya boleh dibunuh dengan keris bapanya setelah beberapa senjata digunakan untuk membunuhnya tidak berjaya. sebelum Mahsuri meninggal, Die sempat bersumpah bahawa Pulau Langkawi takkan maju sehingga tujuh keturunannya.

Wan Derus pulang dan mendapati isterinya telah meninggal dunia. Sebelum Mahsuri ditangkap, dia sempat menyerah Wan Hakim kepada Derambang untuk dibawa lari. Sehingga sampai disebuah gua, Derambang mati dihempap batu, Wan Derus dengan perasaan hiba telah meninggalkan Pulau langkawi, begitu juga dengan Pandak Mayah dan isteri. 

Ade yang berpendapat, Wan Hakim telah dibawa oleh Wan Derus  ,bapanya dari tempat Derambang ditimpa batu,  pergi meneruskan hidup ke Siam. 
Selepas kejadian itu, Kedah dan Siam bertempur, sehingga Wan Jaya terpaksa membakar bekalan padi untuk mengelak di ambil Siam.Pulau Langkawi seakan-akan padang jarak padang terkukur kerana dipercayai terkena sumpahan Mahsuri. 
#sume Mahora punye pasalla... die dengki Mahsuri lagi cantek dari die, sanggup tabur fitnah. betulla tu, elok mati dari difitnah. huhu.. aku pulak yang over.. hoho.. anyway. pendapat aku mengenai sumpahan Mahsuri tu.. mungkin ia kebetulan.. tapi Allah itu Maha Kuasa, Allah sentiasa akan memakbulkan doa orang2 yang teraniaya. mungkin sebab itulah Sumpahan Mahsuri itu menjadi. Waallahualam.... #
Ini adalah Aisyah.. keturunan Mashsuri yang ke tujuh..humble je orangnya.. cantek macam Mahsuri.. Ramai yang cakap muka die serupa dengan Mahsuri.. tapi zaman Mahsuri tade lagi teknologi gigi besi macam Aisyah guna.. hehe... anyway.. she must be proud with her great grand grand grand grand mother... :)
 Sumpah aku sedih baca cerita tentang Mahsuri.. #tapi bile masuk muzium tu, aku jadi seram la pulak... huhu.. # Sebak je hati masa duk pi tengok sejarah Mahsuri. Semoga Roh orang-orang yang mencipta sejarah untuk dijadikan teladan sentiasa dicucuri rahmat.. Amin..

i dun know what my sister thought when she do that peace.. i almost forgot bout that.. but, at the first thought i want to snap my sister in law with my nephew, but since my sister was there.. i just snap that..walawei....

Sekian, Terima Kasih.. :)

No comments:

Post a Comment