Thursday, March 8, 2012

Sisterhood 2

 Assalamualaikum semua.. entry kali ni, aku rasa aku nak buat se'simple' yang mungkin. Aku nak kabor, gambar ni adalah gambor yang kedua aku edit untuk geng bus sekolah aku ni.. dengan menggunakan gambar-2 yang terkini yang terdapat dalam facebook mereka masing-2. setiap kali aku singgah menyinggah yang tak macam singgah ni, aku mesti tak dapat jumpe semula sekali gus,, tapi time aku tade la depa sume ada... huhu Ralit aku di buatnye.. anyway... memang aku rindu depa semua ni.. rindu tahap gaban.. harap mereka tahu tentang itu#...

Masing-2 punye cerita masing-2 yang tersendiri.. masing-2 dapat dugaan sendiri.. aku nak je cerita pada kalian semua pembaca tentang jenis-2 dugaan yang di lalui oleh setiap mereka. tak terkecuali cerita Cinta. tapi.... 

Tapi !..
kalau mengikut kepakaran aku yang agak sentimental serta psyko dan mungkin lebih hebat daripada itu dengan kata pujuk rayu, mungkin akan aku 'story' kan kesah mereka pada kalian.. tentang pelbagai kisah hidup mereka yang di lalui selepas alam persekolahan. Sangat menarik serta sangat menusuk kalbu apabila disatukan kesemua cerita kami mengikut rentetan sejarah dan masa..Tapi, aku tak berani la nak memandai cerita dalam blog ni tanpa kebenaran bertulis daripada each of them..

Tapi... !!
Aku yakin dan aku pasti serta mampu mengeluarkan pendapat aku sendiri bahawasanya, kepada wanita-2 diluar sana.. dengan meneliti serta mendengar alkisah kami, mungkin boleh dijadikan contoh serta semangat untuk teruskan kehidupan dalam dunia global yang serba canggih dan penuh dengan cabaran. #dengan kebenaran bertulis sahaja# Semangat untuk terus hidup dengan pelbagai dugaan contohnya seperti masalah kerja, cinta, belajar, dan kehidupan serta ujian besar yang dilalui mungkin mampu membuat para wanita sekalian atau para pembaca yang menyinggah di blog ini mampu berfikir bahawasanya betapa bertuahnya kalian menjadi sebaik2 ciptaan iaitu sebagai seorang manusia.

Tapi...!!!
Ingin aku beritahu kalian bahawasanya sewaktu aku menulis blog ini, channel TV ALHIJRAH sedang menayangkan betapa hebaqnya otak manusia ini, jadi, hargai la diri sendiri bahawasanya Tuhan itu telah mencipta diri kita manusia ini sebaik2 makhluk ALLAH. #selingan sahaja#

Tapi...!!!! 
Ingin juga aku mengucapkan, SELAMAT HARI WANITA.. sekiranya tidak terlambat. Aku bahagia menjadi diri aku, serta aku bangga mengenali rakan2 geng bus sekolah aku ni.. semoga usaha mereka untuk meneruskan hidup sentiasa diberkati ALLAH dan sentiasa dalam bimbinganNYA.. 

Tappiiii... !!!! tak lupe juga aku kepada, tiga sahabat kecil ku... 

 Fatima
 Farah
aku tak dapat pulak cari gambor die.. so, aku amek gambar dalam facebook die... #

Ayna

Terima kasih semua kerana sudi menjadi kawan2 aku... Jasamu dikenang.. ketahuila.. bahawa aku rindu zaman kecilku.. aku rindu asalku... aku rindu apa yang tertinggal dibelakangku..

Aku berdoa agar kalian sentiasa menjadi manusia yang berjaya dan berguna untuk masyarakat kelak. Ketahuila, kejayaan masyarakat pada masa hadapan terletak di tangan kita sebagai seorang wanita, kerana tangan2 kita ini yang akan menghayunkan lembut buaian tapi membesarkan bakal2 pemimpin2 negara terutama sekali pemimpin Islam suatu hari nanti.. Setiap manusia berhak diberi peluang untuk menjadi yang terbaik.. dan semoga yang terbaik itu datang dari kaum kita, bangsa kita dan agama kita...

SELAMAT HARI WANITA... Hargailah diri anda, kerana anda la yang menentukan bahawa anda adalah permata atau kaca.. :)

1 comment:

  1. 32 sebagai followers anda :) like this entry :) jemput follow http://aisyahaqila.blogspot.com/ dan http://rambowbend.blogspot.com/

    ReplyDelete