Monday, February 10, 2020

KUTU AIR FRYER PHILIPS

KUTU AIR FRYER PHILIPS

RM115x10bulan


Air fryer Philips Amway kembali dengan design yang lebih eksklusif, warna yang
sememangnya eksklusif serta ciri-ciri yang pastinya memikat hati suri rumah sekalian!
.
 Memasak Aneka
(Goreng , bakar, grill dan memangang)
 Kapasiti 0.8 kg sesuai utk 4 hidangan
( 20% lebih kompak , jimat muatan isipadua masih sama seperti yg lama)
 Pemegang easy Click
Aksesori Kuali leper grill utk resepi pelbagai
(bagus utk gril ikan , daging , sayuran dan aneka hidangan)
 resepi Inspirasi hampir 200 aneka resepi
🍭 Teknologi Twin TurboStar
🍭 Tidak perlu dipanaskan
🍭 Senang dibersihkan
.
Cash/kutu/ansuran
.
www.wasap.my/601120822145/airfryer

atau 

Tekan sini untuk maklumat lanjut tentang perkhidmatan saya sebagai trusted seller. 👇👇👇👇👇
linktr.ee/khadijah_dija88

Sunday, January 26, 2020

P.A.R.A.S.I.T.E

Im so excited nak tulis review tentang satu filem korea ni..
Secara jujurnya, saya da dengar tentang orang memuji cerita ni dah lama, banyak dah baca review orang lain, dan my impression is.. sangat cliche.. ala, nanti dia take over family tu, sbb tu namanya parasite..

Sampai dah menang SAGAWARDS dah dija oii..
Baru terasa nak tengok dan layan.. so, basically dalam otak macam da tahu jalan cerita sebab mostly berpuluh review mention jalan cerita yang sama.. tapi takada rasa nak tengok pun even orang suruh tengok.. bila menang SAGAwards tu, dah start fikir lain, eh macam fishy je boleh menang, yess tau pelakon2 die hebat.. tapi mostly mcm biasa je tengok kan kecuali pelakon yang jadi bapaknya.. adore die sbb pernah tengok cerita yang dia bawak teksi tu..


Awal2 cerita dah tunjuk jalan cerita exactly macam review orang.. sama macam trailer, tapi tengok masa, baru minit ke berapa, takkan mcm tu je cerita nya..

Dalam hati memuji cara plan mereka nakkan semua anak beranak dapat kerja, bagusnya lah plan..

Alangkah terkejutnya saya, bila da mula klimaks cerita.. dalam kepala ni terkujat2 memikirkan "what is happeninggggg?"

"Kenapa orang tak mention part ni?"

Part akhir dah menangis teresak esak dah..

Apa yang saya dapat dari movie ni, ia realiti dunia, yang kaya terus kaya, yang miskin terus terusan miskin..

Walaupun ia hanya cerita, jangan terkejut, jika ia berlaku disekeliling kita dan kita pasti sanggup lakukan apa saja demi teruskan hidup..


Friday, January 17, 2020

JOM JADI KREATIF

Yup, saya tau, susah nak survive dengan keadaan ekonomi sekarang.. dalam pada kita cuba usaha teruskan hidup, ada ujian lain yang Allah beri..

1st. Let me tell you about my condition, saya tak boleh buat kerja rumah sebab sakit. Dan terbaru saya ade AD simptom.. so banyak kena jaga. Jadi to avoid any kind bad effect, dari segi emosi dan fizikal, doktor mencadangkan saya menjahit.. nahhh tu dia..

Saya jahit beg telekung @ beg diffuser
Jahit beg drawing block @ beg planner
Jahit hadiah utk guru sekolah anak2
Jahit beg mekup..
Jahit beg tissues..











Alhamdulillah masih boleh lagi buat secara kemas da jual dengan kadar yg murah..
Jadilah membantu dalam kewangan encik suami dalam ulang alik hospital dan sebagainya..

Be positive!!

Nak order gak ke?
Pm terus je ke 01120822145

Friday, January 10, 2020

MAJESTIC BLACK

MAJESTIC BLACK

**********************


i found gems in my stocks..
3 long kimono with beautiful design..
RM80 each





no 1

-Corak Burung Merak
-Ukuran dari kolar ke lengan 22 inci
-Panjang dari bahu ke kaki 66inci
-Kain lembut, ringan dan sejuk






no2

-Corak Burung Bangau
-Ukuran dari kolar ke lengan 26.5 inci
-Panjang dari bahu ke kaki 62inci
-Kain ringan dan sejuk



no3

-Corak Buluh Jepun
-Ukuran dari kolar ke lengan 27 inci
-Panjang dari bahu ke kaki 62inci
-Kain berat dan sejuk


*boleh alter bahagian pinggang dan jadikan cardigan..
Find me at 01120822145

Wednesday, December 25, 2019

Cara-cara Membuat Takoyaki di Rumah

Assalamualaikum yang sudi membaca.


Baru baru ni saya dan suami beli takoyaki pan utk mencuba buat ala-ala cekodok bulat jepun a.k.a takoyaki..
Dan, kami rasa macam rare sangat takoyaki ni sebab bahan dia ada guna 'bonito flakes' tu.. dibuat daripada isi ikan yang dikeringkan dan dihiris menjadi kepingan..

Rasa dia sangat sedap dan menarik. Punca kami nak buat sendiri dirumah ialah, bila kami beli takoyaki digerai-gerai luar, banyak yang isinya kosong dan hanya ada seketul sosej atau isi ketam, ataupun janggut sotong saja. jadi kami pun mencuba sendiri dirumah.

Isinya, kami letak isi ayam, sosej, dan kobis.. ada waktu kami letak hirisan lobak merah.
Saya mencari supplier set takoyaki yang ada sediakan lengkap hidangan takoyaki termasuklah 'bonito flakes' dan sos nya. Alhamdulillah jumpa. Cuma, saya taknak lah share siapa, sebab 'she is a fussy seller'... dan saya tak nak cerita selanjutnya, mungkin itulah kali pertama dan kali terakhir saya membeli dengan beliau.

Kita cuba cari orang lain pula lepas ni.. so sesiapa yang buat dropship jual set takoyaki tu, tinggalkan contact no di ruangan komen ya..

Cara-caranya senang je, bancuh tepung dan letakkan pada takoyaki pan tu, dan letakkan bahan-bahan2 yang ada.. 


Cuba tengok video...

Dalam video, kami letak sayur kobis tu banyak.. sebab kami gila sayur. rasa pelik je bila beli kat luar, hanya tepung semata-semata. Memandangkan kami suka mencuba sesuatu yang mencabar,  apa kata kami cuba..

Sepatutnya kan, kene ada takoyaki stick tu, kami tak beli lagi.. hahahaha.. tunggu kita upgrade..
Disebabkan takoyaki tu kami nak makan, maka pada hari percubaan tu, kami buat banyak. hahahaha.. gila tak gila, maka, jadilah dinner kami pada hari itu.


Nampak sedap bukan? 

Nak buat takoyaki ni perlukan kesabaran.. patutlah orang yang menjual pasti akan buat dulu sebelum customer datang. Memang renyah lagi-lagi yang pakai lidi macam kami ni.. hahahaha.. ok.. sila gelak sekali.. 


Taraaaa... this is 1st attempt hidangan takoyaki yang kami berjaya hasilkan. Anak no2 kami makan dengan berselera. Siap minta lagi..

Bila kami balik kampung jumaat lepas, kami bawa lagi tepung dan set takoyaki ni semua ke kampung. Buat kat kampung pula, bagi saudara mara lain merasa. hihihi.. Satu batch pun dekat sejam baru nak siap.. buatnya lambat, makannya sap sap sui setel..


 Haa, tengok! ni 2nd attempt.. Belum sempat tangkap gambar, dua ketul da hilang.. hahahah.. dan kene tunggu satu jam lagi nak siapkan batch seterusnya. 
MAKANNNNNN!!!!

Haritu semua orang rasa sorang sikit, sebab nak buatnya lama, sampai berpeluh-peluh duduk dapur. Saing dengan mak masuk dapur. Sampai mak da siap masak takoyaki pun tak siap-siap. Lawak sungguh.. hehe

Hari ke3 buat takoyaki, kali ni da expert sikit. laju je siap, sampai tak cukup tepung.. Tapi tu la, orang da tak ramai, jadi yang mana tinggal saja kita kekah takoyaki bersama.. hehe






Inilah wajah-wajah nya.. Mengiurkan bukan? Dah selamat dalam perut.. 
Burpppp... Alhamdulillah..

Jangan lupa sesiapa yang kenal seller set takoyaki ni, mai habaq naa... 



Wednesday, December 18, 2019

Sofa Lama Jadi Baru

Cliche sgt tajuknya ya? Hihi.. takpela.. meh nak story.. 
Asal kawasan ni sebenarnya sepah.. anak main turun naik kat situ.. ini tak boleh jadi ni.. saya rasa rimas.. haha.. tibe2 dalam bingit, boleh tercetus idea nk buat cover ni.. pertama kali buat.. 

12.12 haritu.. saya terjebak pula dengan sales dalam aplikasi shoppee. Niat nak cari kain langsir anak. Tapi ternampak kain corak cantik2.. so beli dulu. Mana lah tau ade orang tempah boleh buat beg.. tapiiii... 
 ternampak juga kain jenis jersey ni.. 1 meter baru rm3.40.. jadi sy beli dalam 8 meter.. alang2 dapat shipping free, jadi kita pun beli lah.. 

Kain yang bercorak segi tiga tu pula, daripada kain heavy cotton.. heavy sangat.. ingatkan lembut macam japanese cotton.. kot2 la boleh buat stok beg kan.. tp takpela.. kite buat guna apa yang ada.. adjust punya adjust.. dapat la 6pcs sarung bantal.. 

From this.. 

To this..

Depan guna Heavy Cotton.. belakang guna kain jersey.. elok melekat pada bantal tu. 
Nampak kemas je.. takde la teralih2 ke.. 

So, memandangkan bantal sofa tu je yang jadi cantik.. sebab tu saya decide nak cuba buat sofa terus.. 

Pagi isnin tu saja da siap ukur.. dalam petang macam tu da send gambar suprisee kat husband.. 
Seronok oi.. laki sendiri seronok.. hahahha..
Dan.. alang menyeluk perkasam, biar sampai ke pangkal lengan.. kite setelkan terus sampai sofa sebelah tu.. yang sambungan tu..
Hujung tu sebelahnya tempat letak kayu.. macam meja la.. tapi kami jenis tak suka makan or minum disofa.. jadi kayu tu kami simpan.. letak bantal besar empuk kat situ.. anak2 suka baring.. tak sakit la kalau terkena kayu kan.. 

Kain balance kita siapkan sarung utk bantal besar tu sekali.. kira last touch up la ni.. 

So modal yang saya guna hanyalah 
3meter Heavy cotton = rm9.90x 3 = rm29.70
8meter kain jersey = rm3.40x 8 = rm27.20
Total rm56.90..

Buat pembelian pada 12.12 Free Shipping.. 
Item pilih yang dalam Malaysia saja... bukan direct dari China.. pandai2lah pilih kan.. 

Ok.. itu saja.. nanti da siap boleh spray air campur essential oil.. wangiiii... kain pun lembut je.. best sangat tidur.. siap rasmi lagi tidur atas tu sekejap.. haha

Sunday, December 15, 2019

Ahad Yang Menyenangkan Hati

15 Disember 2019


Hari kami merancang untuk mengemas rumah. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengajar anak dara saya tidur asing.. yeay..

Dua malam bertungkus lumus untuk memastikan anak dara tidak tidur disebelah kami.. Jenuh nak pujuk.. Segala lagu lullaby, berzanji semua keluar..
Dalam masa yang sama, penggunaan essential oil lavender banyak digunakan.. jeng jeng..
Ade juga tengok video pasal cara orang putih asingkan tempat tidur anak.. tp tula, abang-abang nya da 3 tahun dan 4 tahun da diasingkan tempat tidur...
Jadi bila anak dara ni da nak masuk 4tahun, baru lah datang idea nak asingkan tempat tidur apabila tiba satu malam tu, secara tidak langsung dia minta tidur bersama abang-abang..
Saya pun apa lagi, kasi brainwash sama itu budak..
"Awak da besar, now kene tidur asing. Tak boleh tidur dengan ummi abah da."
Jadi dua malam sebelum ni, memang berperanglah sebab nak tidur dengan abang2 kejap je, lepas tu taknak da.. aduhai..

Jadi harini asbab nak kemas rumah je, kami terus setting bilik anak-anak.. wujudkan mood supaya si anak dara ni nak tidur asing dari kami..
ok, yang ni best.. actually, sales 12.12 ni, saya tak selamat langsung. sebab jumpa seller jual 1 meter rm9.90 je,, sangat murah berbanding tempat2 yang lain, jadi saya cuba beli 3 meter, pakai congak je hehe.. termasuk dengan congak duit yang ada.. haha.. 

terus jahitkan langsir anak2, supaya adalah rasa seronok dalam bilik sendiri, corak langsir pun cantik je. Ternyata percubaan kami berjaya, kemas bilik, asingkan tempat main, dan susun katil anak dara sebelah dengan tilam abang2, jadi la kan.. ruang pun ngam-ngam saja. 

Selimut2 anak2 saya jahitkan juga tu, semua kalau boleh nak jahitkan sendiri. jimat uiii..
Seronok sangat bila anak2 seronok tengok bilik dorang cantik. Sampai ada yang tak sabar nak tidur. 
Akhirnya tercapai hajat nak asingkan tempat tidur anak2.. 

Maaflah, saya dan anak2 memang co-sleep dari baby lagi, dah besar bila dah berani tidur sendiri baru asingkan.. Sebelum ni abang2, now turn anak dara pula.. 
Alhamdulillah, every went well, no drama.. yang penting seronok..

Sempat dia cakap pada saya, 
"Ummi, unga tak nak abah" 
hahahahhahaha

Ok, its time to dating dalam bilik sendiri.. muehehehe